04/10/2011

TATACARA MENGHADIRI TEMUDUGA


SEBELUM HARI TEMUDUGA
  1. Dedahkan diri dengan ilmu dan pengalaman kerjaya yang bakal diceburi sama ada dengan membaca atau bertanyakan orang yang terlibat secara langsung dalam bidang berkaitan.
  2. Mohon petunjuk dari Allah dengan melakukan solat hajat.
  3. Berlatih menjawab soalan yang difikirkan bakal dikemukakan semasa temuduga.
  4. Pastikan segala butiran peribadi, sijil dan resume ada dalam fail yang akan dibawa pada hari temuduga.

HARI TEMUDUGA
  1. Datang awal ke tempat temuduga.
  2. Pakai pakaian yang bersesuaian. Rambut disikat kemas atau bagi perempuan bertudung, pastikan kemas dan baik. (Selipar, jeans, baju batik tidak dibenarkan). Perempuan jangan pakai barang kemas yang banyak atau bunyi bising daripada gelang loceng hendaklah dielakkan.
  3. Tunjukkan kesederhanaan diri, sikap hormat pada penemuduga.
  4. Melangkah ke bilik temuduga dengan penuh yakin.
  5. Beri salam atau ucapan yang bersesuaian dan duduk hanya apabila disuruh. Duduk dengan sopan dan jangan menggoyang-goyangkan kerusi.
  6. Jawab soalan dengan baik dan jelas.
  7. Jangan jawab tergagap-gagap bila memberi penerangan atau bertengkar walaupun soalan yang dikemukakan boleh mengundang kemarahan kita.
  8. Jangan bertanya mengenai gaji atau bonus melainkan jika diajak berbincang.
  9. Jangan mengada-adakan sesuatu atau kebolehan yang anda tidak miliki.
  10. Ucap terima kasih dan beri salam sekali lagi sebelum keluar.

SELEPAS TEMUDUGA
Banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar anda dipermudahkan jalan untuk mencapai kejayaan dalam temuduga tersebut.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice