26/11/2013

Pengisian cuti


salam , pekaba semua? tentu seronok tengah bercuti sekarang kan .. yg makan angin, yg exam belum habis, yg bersunat.............he...he... tu budak kecik . yg pempuan wat pe ?. jangan asyik berface book dn yg sama waktu dengannya.begitu juga yg lelaki jgn dok atas jln raya je cuti ni. Apa kata belajar memasak. cuba try resepi ikan bakar di bawah.resepi cikgu ni...kalau ada yg sama........itu biasalahkan........


(gambar lebih kurang gini,maklumlah lepas masak terus ngap, mana "dan" tangkap gambar)



Pilihan ikan : ikan kembung/ikan cencaru/ikan pari/ikan bawal emas  dll

Bahan-bahan:
 Cth: 3 ekor ikan (kembung)

 Bahan ditumbuk
 5 biji Cili kering (Lebih sedap cili direbus dahulu utk keluarkan bau)
 5 ulas bawang merah
  2 ulasbawang putih
  sedikit halia
   3 btg serai
 garam secukup rasa
 sedikit air asam/ perahan limau nipis
sedikit daun kunyit yg dipotong halus secara memanjang

cara membuat:
1.ikan yang telah disiang diperap dengan bahan yang ditumbuk.
2.Letakkan daun kunyit di atas ikan
3.Balut ikan tersebut dengan daun pisang.
4.Kemudian bakar.
5.Lepas tu makan le dengan nasi panas. Pasti terangkat.

resepi lain ?...........Lain kali la pulak

selamat mencuba


Continue reading...

23/10/2013

Program Selepas PMR 2013


Minggu ini dah masuk minggu ke-3 Program Selepas PMR. Cabaran yg menarik pada minggu ini ialah padang sekolah telah mula dinaiki air. Persekitaran sekolah pun naik air. Namun kami masih bersekolah dan program berjalan seperti yang dirancang. Cuma permainan padang tidak dapat dijalankan. Tak caya tengoklah pertandingan membuat sandwich di wakaf berjalan seperti yg dirancang berlatarbelakang air yg naik. Cantik tak macam tepi pantai.................Lihat aktiviti yg telah berjalan
Continue reading...

27/09/2013

Lawatan ke Kedah


Pada Sabtu,21 Sept yang lalu PRS serta pelajar yang berkaitan telah melawat negeri Kedah Darul Aman. Kami telah mengunjungi Muzium Padi, Pusat Sains, Pekan Rabu dan lain-lain. Lawatan ini disertai oleh PRS, Pengawas serta pelajar lain. terima kasih kepada cikgu Rosman dan cikgu Nurul yg menjadi guru pengiring. Yang frustnya ngape Taman Lye Huat tutup sedangkan dalam internet kemain cantik lagi, kalaulah diupdate dalam internet tu. takdela buang masa lepas sampai ke UUM. Nasib baik tak lepas ke Bukit Kayu Hitam,,kalau tidak pakat mengangkut toto la kami..........he..he...dugaan........

bergambar di hadapan Menara Kedah

Tinggi-tinggi Menara Kedah, tinggi lagi hajat di hati.....

Pemandangan di tingkat atas Muzium Padi


Pemandangan indah di Muzium Padi
Basikal sape ni ye.................

tarik...tarik..........jangan tak tarik


Wat pe tu.........................


guru pengiring, eh gambar cikgu Rosman tak de la pulak


3D


Continue reading...

15/09/2013

kecemerlangan akademik & motivasi


Pada 7-8 Sept yg lalu, seramai 19 pelajar SPM dari semua kelas tingkatan 5 SMKAP bersama-sama sekolah lain telah menghadiri Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi yg dianjurkan oleh Seketariat Malaysia Prihatin bertempat di SMK Selinsing.Sekolah lain yg turut serta ialah tuan rumah, SMBS, Mudzafar Shah, Kolej Vokasional, SABAR.
Pelajar telah berpeluang mengikuti bengkel subjek Sejarah, BM, BI dan Math. Pada hari kedua pelajar mendapat motivasi dari Dr Ismail b Zain, pakar motivasi serta seorang pensyarah universiti.beliau telah memberikan motivasi selama 2 sesi iaitu pagi dan petang dengan penuh semangat.
terima kasih kerana menjemput kami. semoga pelajar kita lebih bersemangat untuk menduduki SPM setelah mendapat sentuhan daripada guru berpengalaman & pakar motivasi negara kita.



sesi bergambar pada akhir rancangan, dah masuk paper dah.


Slot Pakar Motivasi

pelajar sedang mengikuti ceramah

Pn Noraisyah semasa bengkel Math

Dr Ismail Zain bersama pelajar


Continue reading...

10/07/2013

bacaan Yasin Perdana


Bacaan Yasin Perdana diadakan pada . Ia bertujuan meningkatkan tahap kerohanian pelajar serta membantu pelajar agar lebih berdisiplin dalam kehidupan seharian.




En Ahmad Lotfi,PK HEM memberi ucapan selepas bacaan Yasin


Continue reading...

23/06/2013

Karnival Kerjaya daerah Kerian


Karnival Kerjaya Daerah Kerian telah diadakan di Kolej Vokasional pd 15 Jun 13.




                                   
                                                 Amerul Hakim sedang ditemuduga






































































































































































































































































































































































































































































































Continue reading...

18/05/2013

hari guru 2013


selamat hari guru ! tanpa guru kita tidak berada seperti sekarang ini. berkat bimbingan mereka, kita menjadi modal insan yang berguna pada masyarakat, agama dan bangsa.
Kita saksikan kemeriahan sambutan hari guru pada tahun ini.
Selamat Hari Guru !!!!!!!!!!

Musical Chair.
Berlatarbelakangkan lori. sekolah sibuk dengan kerja pembinaan.

Guru dan pelajar perempuan.

nak p mana tu ?

Gaya super model

Penuh bergaya, menggelecek bola.

Mano bola tak sampai laei ni, den dan ponat berdiri ni.

Barisan penyokong

Fuh, dah keletihan dah cikgu kita ni.

kumpulan pentanq pihak pentadbir dan anak buahnya

antara orang 'kuat' pada hari tersebut

Penuh bergaya bermain pentanq. Ada gaya "Herman" Tino tak?

Orang biasa, basikal tuaaa........... Ala-ala era 60an......

Antara persembahan pelajar

Persembahan silat........
Continue reading...

11/05/2013

Motivasi Pelajar Tingkatan 5


Motivasi bersama bekas pelajar SMKAP,En Fadil Majid (Jurulatih Explore Positive Success) pada 29 April 13. Semoga pelajar tingkatan 5 lebih bersemangat meneruskan perjuangan untuk menghadapi SPM.
En Fadil Majid



Wat pe tu !

Penghargaan dari pihak sekolah

Continue reading...

hari Puteri Daerah Kerian


Pada 13 April 2013, SMKAP menjadi tuan rumah Hari Puteri Daerah Kerian. Pelbagai aktiviti telah diadakan. Antara gambar yang sempat diambil.




Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice