04/12/2011

MAKLUMAT SEKOLAH


"Kejayaan Dalam Genggaman"


CARTA ORGANISASI SEKOLAH


   Pengetua: Pn Nor Hidayah bt Hashim

PK Pentadbiran: Pn Latifah bt Abdullah
PK HEM: En Hasanuddin b Husin
PK Kokurikulum:Pn Noor Haniza bt Ishak @ Mohd Noor

Guru Kanan Bahasa:Pn Fariza Husna bt Mohd Salleh
Guru Kanan Kemanusiaan:Pn Nor Azni bt Zaini
Guru Kanan Votek:Pn Yani bt Kimi
Guru Kanan Sains dan Matematik:En Jamaludin b Abd Hamid

Jumlah guru SMK Alor Pongsu ialah seramai 50 orang dan 17 staf sokongan.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


VISI SMK ALOR PONGSU
Melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia

MISI SMK ALOR PONGSU
Kami bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu pengetahuan bagi melahirkan insan yang seimbang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.

FALSAFAH SEKOLAH
Kesepaduan dan gabungan seluruh warga sekolah yang dijelmakan dalam bentuk perancangan dan pelaksanaan yang strategik menjana kecemerlangan akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.

MATLAMAT SMK ALOR PONGSU
Melahirkan para pelajar yang mampu bersedia menggunakan kemahiran dan kecemerlangan akademik,
kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan yang mereka peroleh di sekolah untuk kepentingan diri, keluarga, dan masyarakat seluruhnya. 

SEJARAH SEKOLAH
       SMK Alor Pongsu dibina pada bulan Mac 1984. Persekolahan pertama dimulakan pada 1 Januari 1985 dengan jumlah pelajar seramai 235 orang yang dipindahkan dari SMK Alang Iskandar, Bagan Serai ke tingkatan 1 dan 2. Tenaga pengajar ketika itu adalah seramai 16 orang dan dibantu oleh kakitangan bukan guru.
Pengetua pertama sekolah ini ialah En Sulaiman b Samson yang berkhidmat mulai 16 Mei 1985 hingga 15 November 1987. Pada tahun yang sama juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini ditubuhkan iaitu pada 23 Mei 1985.
Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B. Dato’ Seri Anwar b Ibrahim pada 3 Mac 1987 yang ketika itu bertugas sebagai Menteri Pelajaran Malaysia.
Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1986 dan diikuti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1987.
Sekolah ini terletak di KM 10.5 Jalan Selama iaitu kira-kira 10 km dari pekan Bagan Serai.











0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice