Showing posts with label KEMAHIRAN BELAJAR. Show all posts
Showing posts with label KEMAHIRAN BELAJAR. Show all posts

02/10/2011

TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN


PERSEDIAAN HARI TERAKHIR SEBELUM PEPERIKSAAN
  • Persiapan mental-yakin diri tentang keupayaan masing-masing.
  • Persiapan spiritual melalui amalan kerohanian-solat hajat, berdoa, restu ibu bapa
  • Semakan- tarikh, masa, tempat peperiksaan
  • Keperluan peperiksaan-alatulis
  • Baca nota ringkas sahaja
  • Tidur awal dan kunci jam loceng untuk mengelak bangun lambat
PERSEDIAAN HARI PEPERIKSAAN - SAAT-SAAT KRITIKAL
  • Mandi, solat, keperluan exam
  • Sarapan pagi (alas perut). Jangan makan makanan yang pedas.
  • Pakaian yang bersih dan kemas
  • Jangan lupa bawa IC, slip peperiksaan, alatulis mahupun kalkulator atau bahan lain untuk subjek Geografi dan Math.
  • Bertenang
  • Minta restu ibu bapa
  • Datang awal ke dewan peperiksaan- 15 atau 20 minit untuk mengelakkan gemuruh dan panik
HARI PERIKSAAN
  • JANGAN TERPENGARUH dengan keadaan persekitaran terutama melihat rakan lain sibuk membuat semakan terakhir.
  • Masuk ke dalam dewan dengan teratur dan tenang
  • Tentukan kerusi dan meja dalam keadaan selesa
  • Tenangkan diri, setelah duduk, tarik nafas panjang-panjang beberapa kali dan lepaskan perlahan-lahan.
  • Keluarkan alatulis dan bersedia mendengar dan membaca arahan peperiksaan.
Semoga kejayaan mengiringi anda !!!!!!   Amin………………
Continue reading...

RAHSIA DI SEBALIK PENGURUSAN PELAJAR CEMERLANG


  1. Masa sebelum tidur-masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari di tilam.
  2. Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti di no. 1)
  3. Masa bangun tidur. Subuh .Bayangkan pelajaran semalam.
  4. Masa ke tandas waktu pagi.(ingatkan perkara yang terlupa)
  5. Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)
  6. Masa berjalan ke sekolah. (Tanya diri sifir dan formula)
  7. Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan).
  8. Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian / cepat)
  9. Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri paasal sifir dan formula dan lain-lain)
  10. Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/ cepat)
  11. Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)
  12. Masa rehat ke perpustakaan (baca ringkas buku)
  13. Masa menonton tv (melukis rajah, peta, formula, sifir dan lain-lain)

Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengubah diri anda, melainkan diri anda sendiri…………………. 
Continue reading...

BAGAIMANA BELAJAR SECARA BERKESAN ?


Teknik belajar 5R-STUV

1.         Recopy (salin semula)
2.         Rework all model 5X Buat semula contoh/ cepat/5x)
3.         Recite out loud repeatly (lafaz kuat berulang kali)
4.         Recheck (semak semula)
5.         Reasonnablenes (jawapan berpatutan atau sebaliknya)
6.         S-sumarize (ringkaskan nota penting)
7.         T-test your self (uji diri anda )

Usaha tangga kejayaan !. Anda rajin anda berjaya ……
Continue reading...

29/09/2011

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA



KEMAHIRAN MENCATAT NOTA


Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu ada kemahiran-kemahiran berikut:


1. Kemahiran MENDENGAR
  • Digunakan semasa proses pembelajaran.
  • Boleh dilakukan serentak.
  • Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.
2. Kemahiran MEMBACA LAJU.
  • Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
  • Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
  • Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.
3. Kemahiran MENULIS
  • Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
  • Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
  • Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.
4. Catatkan KATA KUNCI sahaja.
  • Memilih isi-isi penting sahaja.
  • Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
  • Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.
5. NOTA RINGKAS dan padat
  • Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
  • Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
  • Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.
6. Gunakan PERKATAAN sendiri
  • Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
  • Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
  • Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.
7. Faham setiap KATA KUNCI
  • Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
  • Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.





Continue reading...

28/09/2011

KEMAHIRAN MENGINGAT


KEMAHIRAN MENGINGAT

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:


1. HAFAL isi yang dibaca

  • Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
  • Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”

2. Isi DISUSUN dengan betul

  • Sebutkan isi yang kamu hafal
  • Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.

3. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT

  • Pastikan turutan isi betul
  • Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
  • Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.

4. UJI kemampuan daya ingatan
  • Di sini kamu perlu memainkan dua watak: penyoal dan penjawab
  • Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab
  • Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.

5. Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin

  • Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
  • Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan

6. Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.

  • Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan: sebelum dan selepas tidur
  • Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.
Continue reading...

KEMAHIRAN MEMBACA


KEMAHIRAN MEMBACA


     Kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:

1. Membaca secara BERHATI-HATI
  • Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca.
  • Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya.
  • Elakkan gangguan radio dan televisyen.
2. Membaca secara MENYELURUH
  • Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir.
  • Jangan anggap bahagian pengenalan kurang penting.
  • Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.
3. Membaca secara BERULANG-ULANG
  • Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik.
  • Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam.
  • Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.
4. Membaca dalam SUASANA yang SELESA     
  • Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
  • Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
  • Udara sekitar mestilah mencukupi
  • Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.
5. Berasa dalam KEADAAN selesa
  • Duduk dengan betul.
  • Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
  • Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.
6. Baca secara PERPERINGKAT
  • Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
  • Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.
7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca
  • Gunakan kaedah 1 husband 6 wives
          a) HOW
          b) WHAT
          c) WHO
          d) WHEN
          e) WHERE
          f) WHICH
          g) WHY
  • Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.
8. CATATKAN isi yang dibaca
  • Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
  • Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.
9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
  • Pastikan pen, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
  • Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
  • Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
  • Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
  • Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.

Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice