Showing posts with label SANTAI. Show all posts
Showing posts with label SANTAI. Show all posts

05/10/2011

KISAH LUCU


Kisah Mat Rempit

Zaki seorang Mat Rempit sejati. Dia sanggup tidak bekerja semata-mata untuk menjadi Mat Rempit sepenuh masa. Kerjanya setiap hari hanyalah menunggang motor secara berbahaya di jalan-jalan sekitar kampungnya sambil menyergah dan mengurat anak anak gadis di kampungnya.

Pada suatu hari, malang tidak berbau, Zaki terlibat di dalam satu kemalangan di hadapan kubur cina kampungnya. Akibat terkejut, Mak Limah yang kebetulan di dalam lori yang disergah oleh Zaki telah melatah sehingga tangannya membaling sebatang lembing tepat-tepat terpacak di dahi Zaki sehingga tembus ke belakang tengkuk Zaki.

Bergegas Pak Amin ayah zaki ke hospital sebaik sahaja mendapat berita tentang anaknya yang cedera itu. Sebaik sahaja sampai di hospital, Pak Amin bertanya kepada Doktor tentang keadaan anaknya,

Pak Amin: Bagaimana keadaan anak gua doktor?
Doktor: Harap bertenang Pak Cik, anak pakcik cedera parah.

Pak Amin: Bagaimana keadaan kecederaannya Doktor?
Doktor: Sebatang lembing terpacak di dahi anak Pak Cik tembus ke belakang tengkuknya. Kami takut sekiranya lembing itu terkena otaknya, anak pak cik boleh mati.

Pak Amin: Kalau tak terkena otak dia, dia mati tak doktor?
Doktor: Kalau tak kena tak matilah! Tetapi dalam keadaan sekarang keadaan itu adalah mustahil.

Pak Amin: Oh begitu.... Alhamdulillah selamat anak gua...
Doktor: Kenapa pak cik? Pak Cik tak bimbang ke lembing tu terkena otaknya?

Pak Amin: Anak saya tu Mat Rempit Doktor, Mat Rempit mana ada otak!


Sumber: PDRM
Continue reading...

TEKA-TEKI



Anda bosan? Apa kata rehat sebentar di ruangan ini. Moga-moga ruangan ini dapat membantu anda menghilangkan penat setelah seharian mengulangkaji pelajaran atau bekerja. Selamat bersantai………….


Soalan

  1. Sungai apa yang paling berat ?
  2. Benda apa yang bila kita simbah air sebanyak manapun ke dalamnya, paras airnya tak naik-naik?
  3. Dalam banyak-banyak burung,burung apa yang penyayang?
  4. Mana lagi tua, motosikal atau kereta?
  5. Dalam banyak-banyak bom,bom apakah yang tak pandai meletup ?

Pantun teka-teki

Terbang tinggi si burung helang
Hinggap di atas pohon meranti
Anak ramai ibunya seorang,
Bila bergesel berapi-rapi?

Buah budi bidara mengkal
Masak sebiji di tepi pantai
Hilang budi bicara akal
Buah apa tidak bertangkai?

Tarik pukat dari pangkalan,
Gula Melaka dibuat inti;
Bila diikat ia berjalan,
Bila dibuka ia berhenti?

Bila kecil boleh ditiup,
Sudah besar janganlah lagi,
Kalau tercucuk ia meletup,
Kalau terlepas terbangnya tinggi.
Walau dibungkus bukan kiriman,
Sudah takdir tuhan yang satu,
Meski ditanam bukan tanaman,
Cubalah teka apakah itu?

Sumber:
Sila baca lagi di
http://zonfiniti.blogspot.com
Continue reading...

04/10/2011

GELAGAT PELAJAR


      
Subjek apa yang aku nak study dulu ye... 

Cikgu pesan...

Mengantuknya...tidur dulu lah..

Mengira detik...

Cikgu ! Cikgu! Saya nak jawab! 

Aduh...susahnya soalan ni...

Habisla aku...masa dah nak habis dah...banyak lagi tak jawab ni...







Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice