Showing posts with label SEUNTAI KATA. Show all posts
Showing posts with label SEUNTAI KATA. Show all posts

18/11/2011

SELAMAT BERCUTI


Horey...............Cuti sekolah bermula. Bolehlah rehatkan minda, tenangkan emosi dan rehatkan fizikal. Tapi jangan lupa jaga keselamatan diri. Di samping kita berehat jangan lupa mengulangkaji pelajaran yang masih kurang dikuasai. Sekurang-kurangnya cuti sekolah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Jangan asyik merempit dan "berface book" sahaja, buku pun kena layan.

Selain aktiviti tersebut, apa kata kita mencuba resepi baru, sekurang-kurangnya pandai juga memasak. Barulah mak sayang. 

Kepada tingkatan 5, sabar jelah, beri tumpuan pada peperiksaan, nanti anda bercuti lagi panjang.


Resepi wadai kiping










Bahan A
tepung pulut
sedikit air kapur                                  
air
garam

Bahan B
santan kelapa
gula merah
gula pasir
garam
daun pandan
(Sukatan ikut suka, agak-agak je)

Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air asalkan boleh digentel. Gentel jadi bulat dan penyekkan sedikit sebesar 1 cm atau 1.5 cm.
2.Masak santan. Masukkan garam, gula pasir,gula merah. kacau sebati dan biarkan mendidih. Masukkan bahan A yang siap digentel dan masak sehingga lembut.
3.Akhir sekali masukkan daun pandan
4.Kalau musim durian, masukkan durian, lagi sedap..

Selamat mencuba!!!!





SELAMAT BERCUTI


Continue reading...

11/11/2011

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2011


Selamat menduduki SPM diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 5 2011. Tabahkan hati, kuatkan semangat, jawab dengan tenang dan hati-hati. Jangan lupa untuk menyemak semula. Pastikan jadual waktu dipatuhi dan diteliti dengan betul. Semoga anda semua akan berjaya. Guru-guru mendoakan kejayaan anda. Jaga keselamatan dan kesihatan apatah lagi peperiksaan mengambil masa hampir sebulan untuk tamat.

Untuk panduan/tips menjelang peperiksaan, hari peperiksaan, sila layari bahagian arkib blog bulan Oktober (teknik menghadapi peperiksaan)

SELAMAT.................................
Continue reading...

04/10/2011

PEMBAKAR SEMANGAT BUAT PELAJAR SMK ALOR PONGSU YANG DISAYANGI











Continue reading...

SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN


SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BUAT PELAJAR TINGKATAN 3 SMK ALOR PONGSU

SEMOGA USAHA ANDA MEMBERI PULANGAN YANG LUMAYAN!!!!

Continue reading...

KATA-KATA ALUAN BUAT WARGA SMKAP


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga SMK Alor Pongsu. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan pembinaan blog Unit Bimbingan dan Kaunseling ini. Semoga adanya blog ini dapatlah kita sama-sama berkongsi idea dan pengetahuan dalam menjalani kehidupan sama ada sebagai pelajar mahupun sebagai rakan guru atau pun sebagai warga SMKAP. Apa yang lebih penting dengan adanya blog ini, UBK SMKAP dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kaunseling dengan lebih mudah, cepat dan meluas. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama demi kejayaan pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian, sesuai dengan Falsafah Bimbingan dan Kaunseling  yang ingin melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh. Insyaallah……..
Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice