Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan. Program selepas PMR dikendalikan sekali lagi oleh Unit Kaunseling. Antara aktiviti yang dijalankan ialah LDK, uji minda, lawatan sambil belajar, ceramah kesihatan, ceramah bahaya kebakaran oleh Bomba serta penyampaian hadiah kepada pemenang.
Showing posts with label PROGRAM BERSAMA UBK. Show all posts
Showing posts with label PROGRAM BERSAMA UBK. Show all posts
18/11/2011
PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 6)
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Friday, November 18, 2011
Continue reading...
16/11/2011
LAWATAN KE USM TRANSKRIAN
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Wednesday, November 16, 2011
Pada 15 Nov 2011,pelajar Tingkatan 3 telah dibawa melawat ke USM Transkrian. Selepas mendapat taklimat berkaitan USM, pelajar telah dibawa melawat ke perpustakaan dengan diiringi oleh staf perpustakaan. Selain perpustakaan pelajar juga berpeluang melawat ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.
Antara tujuan lawatan ini ialah memberi motivasi kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti. Moga impian akan menjadi kenyataan.
11/11/2011
PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 5)
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Friday, November 11, 2011
Pada minggu ini, Program Selepas PMR telah dikendalikan oleh Bidang Kemanusiaan. Hari Isnin, sekolah masih bercuti sempena Hari Raya Haji. Hari Selasa telah dimulakan dengan Eksplorace Geografi. Pelajar dalam kumpulan telah bersatu padu berusaha mencari "harta karun" berdasarkan klu diberi. Selepas rehat, Pendidikan Seni telah mengambil alih dengan aktiviti membina "mercu tanda" bangunan tertinggi oleh pelajar lelaki, manakala pelajar perempuan telah membuat kad ucapan 3D selamat hari ibu. Aktiviti lain yang dijalankan ialah permainan dalaman, Kuiz Pendidikan Islam, Lukisan pemandangan, permainan uji minda, peta minda, teka kata Geografi, pertandingan azan dan bacaan doa serta tayangan filem patriotik.
PROGRAM MY TALENT (INILAH BAKATKU)
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Friday, November 11, 2011
Pada 10 hb Nov 2011, bertempat di Dewan Malinja, PPD Kerian telah berlangsung pertandingan "My Talent". Inilah Bakatku. SMKAP telah menghantar wakil duet berkaraoeke iaitu Farah Aina dan Aiza Natasha, pelajar Tingkatan 4, manakala pertandingan melukis kartun (ada dialog) telah diwakili oleh Siti Hazlina, pelajar tingkatan 3.Kesemua peserta hebat-hebat belaka.Biasalah adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Yang pasti semua peserta mendapat sijil.
04/11/2011
PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 4)
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Friday, November 04, 2011
Pada minggu ini, program pelajar tingkatan 3 telah diambil alih oleh Bidang Sains dan Matematik.Seperti biasa kebanyakan permainan luaran tidak dapat dijalankan kerana padang becak dan berair. Justeru itu permainan dalaman banyak mengambil alih tempat. Walau bagaimanapun permainan seperti sepak takraw dan pingpong masih berjalan seperti biasa. Selain daripada itu pengisian program telah dipenuhi dengan aktiviti seperti kuiz matematik, puzzle, Science games, pelancaran roket, eksplorace dan kerusi beracun. Minggu ini juga dimeriahkan dengan jamuan pelajar tingkatan 3. Akhir sekali selamat menyambut Aidil Adha, moga murah rezeki dan sejahtera hendaknya. Kepada pelajar Tingkatan 5, jagalah keselamatan dan kesihatan. Moga kejayaan mengiringi anda !!!!!!!!
PROGRAM ANTI BULI "SAYA MURID BERMARUAH"
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Friday, November 04, 2011
Pada 3 Nov 2011, telah diadakan Program Anti Buli " Saya Murid Bermaruah" peringkat daerah di SJK St Mary, Kompleks Wawasan PPD. Program ini telah disertai oleh 4 wakil pelajar setiap sekolah menengah iaitu Pengawas, PRS, Ketua Tingkatan dan Pengawas PSS. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini telah diisi dengan ceramah anti buli, LDK 1(definisi buli, jenis-jenis buli, punca buli dan kesan buli), LDK 2 (cara mengatasi buli mengikut kumpulan Pengawas, PRS, ketua tingkatan dan Pengawas PSS. Seterusnya sesi pembentangan mengikut kumpulan.. Perasmian penutup telah disempurnakan dengan ucapan Penolong PPD Bahagian HEM, En Ahmad Fisal b Mohd Shafie.
- Mengurangkan kadar buli di sekolah.
- Memberi pendedahan kepada pemimpin pelajar mengenai salah laku buli dan seterusnya membantu pihak sekolah dalam mengurangkan kadar buli.
- Menimbulkan suasana kondusif di sekolah.
- Mewujudkan "Budaya Sekolah Penyayang".
29/10/2011
PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 3)
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Saturday, October 29, 2011
Assalamualaikum dan salam satu Malaysia warga SMKAP. Pada minggu ini program pelajar tingkatan 3 telah dikendalikan oleh Bidang Votek. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti permainan dalaman, futsal dan pentaque. Ceramah dan pembukaan akaun simpanan PNB turut diadakan pada minggu ini. Selain itu ceramah pemilihan kerjaya telah disampaikan oleh Pn Yani manakala Pn Noor Haniza telah menyampaikan kepentingan aliran Sains .Pelajar bertuah yang berjaya menjawab soalan telah diberi hadiah semasa ceramah ini.Ustaz Zaini pula telah dijemput menyampaikan ceramah berkaitan Sekolah Teknik dan Vokasional serta peluang kemasukan ke sekolah tersebut. Selain program tersebut, bakat pelajar turut dicungkil melalui pertandingan pakaian beragam ICT, pertandingan membuat sandwich oleh pelajar lelaki dan mengukir buah-buah-buahan oleh pelajar perempuan manakala kecekapan pelajar telah diuji melalui aktiviti puzzle. Semoga pelajar semua enjoy dengan aktiviti yang dijalankan serta sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Selamat..............
Subscribe to:
Posts (Atom)





