04/11/2011

PROGRAM ANTI BULI "SAYA MURID BERMARUAH"


Pada 3 Nov 2011, telah diadakan Program Anti Buli " Saya Murid Bermaruah" peringkat daerah di SJK St Mary, Kompleks Wawasan PPD. Program ini telah disertai oleh 4 wakil pelajar setiap sekolah menengah iaitu Pengawas, PRS, Ketua Tingkatan dan Pengawas PSS. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini telah diisi dengan ceramah anti buli, LDK 1(definisi buli, jenis-jenis buli, punca buli dan kesan buli), LDK 2 (cara mengatasi buli mengikut kumpulan Pengawas, PRS, ketua tingkatan dan Pengawas PSS. Seterusnya sesi pembentangan mengikut kumpulan.. Perasmian penutup telah disempurnakan dengan ucapan Penolong PPD Bahagian HEM, En Ahmad Fisal b Mohd Shafie.

Antara objektif program ini ialah :

  • Mengurangkan kadar buli di sekolah.
  • Memberi pendedahan kepada pemimpin pelajar mengenai salah laku buli dan seterusnya membantu pihak sekolah dalam mengurangkan kadar buli.
  • Menimbulkan suasana kondusif di sekolah.
  • Mewujudkan "Budaya Sekolah Penyayang".







0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice