31/12/2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Semoga pertambahan usia kita seiring dengan tahap pemikiran kita. Moga tahun ini kita lebih dirahmati dan diberkati olehNya. Amin............
Continue reading...

29/12/2011

ORIENTASI TINGKATAN 1 2012


Pada 27 dan 28 Dis yang lalu, Orientasi Tingkatan 1 telah berjalan dengan lancar. Seramai 132 pelajar telah hadir untuk program ini berbanding jumlah sepatutnya 157 pelajar. Namun pelajar yang tidak hadir adalah disebabkan  mereka telah menerima tawaran ke SBP. Setiap slot telah berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini.

Semoga pelajar-pelajar baru ini menjadi pelajar yang berguna, berdisiplin serta menjaga sahsiah bagi meneruskan kesinambungan pendidikan di sekolah menengah.







Continue reading...

18/12/2011

ORIENTASI TINGKATAN 1 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perhatian kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 2012, Program Orientasi akan diadakan pada 27 dan 28 Dis 2011 bertempat di Dewan Sri Pongsu pada pukul 8.00 pagi- 1.00 petang. Sehubungan dengan itu diminta para pelajar agar membawa alat tulis dan buku nota. Manakala pada hari kedua pula pastikan anda membawa beg kerana buku teks akan diedarkan. 
Continue reading...

06/12/2011

Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi 2012/2013 (FASA 1)



Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi 2012/2013 (FASA 1)

Dimaklumkan bahawa Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi 2012/2013 (FASA 1)  telah dibuka untuk capaian pemohon mulai 15 November 2011 hingga 31 Disember 2011.


Continue reading...

04/12/2011

MAKLUMAT SEKOLAH


"Kejayaan Dalam Genggaman"


CARTA ORGANISASI SEKOLAH


   Pengetua: Pn Nor Hidayah bt Hashim

PK Pentadbiran: Pn Latifah bt Abdullah
PK HEM: En Hasanuddin b Husin
PK Kokurikulum:Pn Noor Haniza bt Ishak @ Mohd Noor

Guru Kanan Bahasa:Pn Fariza Husna bt Mohd Salleh
Guru Kanan Kemanusiaan:Pn Nor Azni bt Zaini
Guru Kanan Votek:Pn Yani bt Kimi
Guru Kanan Sains dan Matematik:En Jamaludin b Abd Hamid

Jumlah guru SMK Alor Pongsu ialah seramai 50 orang dan 17 staf sokongan.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


VISI SMK ALOR PONGSU
Melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia

MISI SMK ALOR PONGSU
Kami bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu pengetahuan bagi melahirkan insan yang seimbang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.

FALSAFAH SEKOLAH
Kesepaduan dan gabungan seluruh warga sekolah yang dijelmakan dalam bentuk perancangan dan pelaksanaan yang strategik menjana kecemerlangan akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.

MATLAMAT SMK ALOR PONGSU
Melahirkan para pelajar yang mampu bersedia menggunakan kemahiran dan kecemerlangan akademik,
kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan yang mereka peroleh di sekolah untuk kepentingan diri, keluarga, dan masyarakat seluruhnya. 

SEJARAH SEKOLAH
       SMK Alor Pongsu dibina pada bulan Mac 1984. Persekolahan pertama dimulakan pada 1 Januari 1985 dengan jumlah pelajar seramai 235 orang yang dipindahkan dari SMK Alang Iskandar, Bagan Serai ke tingkatan 1 dan 2. Tenaga pengajar ketika itu adalah seramai 16 orang dan dibantu oleh kakitangan bukan guru.
Pengetua pertama sekolah ini ialah En Sulaiman b Samson yang berkhidmat mulai 16 Mei 1985 hingga 15 November 1987. Pada tahun yang sama juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini ditubuhkan iaitu pada 23 Mei 1985.
Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B. Dato’ Seri Anwar b Ibrahim pada 3 Mac 1987 yang ketika itu bertugas sebagai Menteri Pelajaran Malaysia.
Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1986 dan diikuti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1987.
Sekolah ini terletak di KM 10.5 Jalan Selama iaitu kira-kira 10 km dari pekan Bagan Serai.











Continue reading...

MAKLUMAT PERKHIDMATAN UBK



BIDANG TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB

Bagi memastikan bahawa matlamat dan objektif perkhidmatan bimbingan dan kaunseling tercapai, kaedah penyampaian dan perkhidmatan kepada kumpulan sasar adalah amat penting. Keberkesanan perkhidmatan akan dapat mewujudkan pelajar yang seimbang, berjiwa besar dan waja, berwawasan dan berketrampilan. Usaha-usaha untuk membina insan yang terus maju ke arah hidup yang bermakna bagi kesejahteraan diri, masyarakat dan negara perlu dilaksanakan dengan secara seimbang dalam semua bidang seperti berikut:

Bil
Bidang

Input
Kaedah
1.
Perkhidmatan
Bimbingan dan Kaunseling
1.
Akademik
Kaunseling Individu
Kaunseling Kelompok
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
Konsultasi
2.
Kerjaya
3.
Psikososial
4.
Keluarga
5.
Peribadi
6.
Kes Disiplin
7.
Dadah
8.
HIV/ AIDS
9.
Krisis
2.
Pengurusan dan
Pentadbiran
1.
Maklumat Kerjaya
Sistem Fail
Paparan
Sebaran
Brosur / Pamplet
Poster
Buku
Buku Skrap 
Perkongsian
2.
Maklumat Pendidikan dan Latihan
3.
Maklumat Dadah
4.
Maklumat HIV/ Aids
5.
Maklumat Bahaya Rokok dan Kesihatan
6.
Rancangan Tahunan
7.
Kertas Kerja Program
8.
Buku Rekod Perkhidmatan
9.
Borang-borang Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
10.
Jadual Waktu Perkhidmatan
11.
Maklumat Murid
12.
Laporan Program
13.
Keceriaan Bilik Kaunseling
14.
Papan Kenyataan Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling
15.
Laporan dan Rekod Sesi
16.
Penilaian Program
17.
Rekod dan Laporan Kewangan
3.
Akademik
1.
Pemilihan mata pelajaran elektif
Bimbingan Kelompok
Bimbingan Individu
Bengkel
Seminar
Kem/Perkhemahan
Tayangan Video
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
Taklimat
Kolokium
Tutor Sebaya
Mentor Mentee
Lawatan
Ceramah
Pameran
Bank maklumat manual
Bank maklumat berkomputer
2.
Kemahiran Belajar

a.
Membaca

b.
Mencatat/mengambil nota

c.
Pengurusan masa

d.
Pengurusan diri

e.
Mendengar

f.
Mengingat

g.
Mengulangkaji

h.
Menjawab  soalan peperiksaan

i.
Menghadapi peperiksaan
3.
Mengumpul maklumat pelajaran atau peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi.
4.
Kerjaya
1.
Inventori Minat
Bimbingan Kelompok
Bimbingan Individu
Lawatan
Ceramah
Forum
Seminar
Tayangan video
Pertandingan-pertandingan
- Media Maklumat Kerjaya
- Buku Skrap Kerjaya
- Eksplorasi Alam Kerjaya
-              - Poster Kerjaya
- Sketsa Kerjaya
2.
Inventori Personaliti
3.
Inventori Nilai
4.
Pemilihan Mata Pelajaran Elektif
5.
Pengumpulan Maklumat Kerjaya
6.
Pendedahan kerjaya
Peluang latihan kerjaya
7.
Penyebaran Maklumat
5.
Psikososial & Kesejahteraan Mental
1.
Ujian Personaliti
Bimbingan Kerjaya
merentasi Kurikulum
Bimbingan Kelompok
Bimbingan Individu
Forum
Kursus
Bengkel/Seminar
Kem Bina Insan/ Diri              
Kolokium
Lawatan
Tayangan video
Kaunseling Keluarga
PRS
Latihan Dalam Kumpulan
Aktiviti Simulasi Kumpulan
Perkhemahan Ibadah
Ceramah
2.
Senarai semak masalah
3.
Merujuk Kad Maklumat Diri (Jika perlu)
4.
Kemahiran Komunikasi
5.
Kemahiran Asertif/Tegas diri
6.
Penyaringan maklumat
7.
Pengurusan Tekanan
8.
Kemahiran Rohani
9.
Kemahiran Membuat Keputusan
10.
Kemahiran Pengawalan Diri
11.
Kemahiran Aplikasi
12.
Kemahiran Sintesis
13.
Kemahiran Analisis Kritikal
14.
Pengekalan Penghargaan Kendiri/ Self Esteem
15.
Perkembangan Keremajaan
16.
Konsep Kendiri
17.
Pengendalian Kendiri
18.
Program Orientasi
6.
Keibubapaan
1.
Komunikasi
Ceramah
Seminar
Forum
Bengkel
Perkhemahan keluarga/
Hari Keluarga
Lawatan ke rumah
Khidmat Konsultasi
Kursus Kemahiran
Keibubapaan
Konferens
Buletin Keluarga
Pameran
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
2.
Perkembangan individu
3.
Isu-isu Kekeluargaan

3.1 Kepimpinan

3.2 Perkembangan remaja masa kini dan akan datang

3.3 Kerukunan dan kesejahteraan
      keluarga.
7.
Pembangunan
Diri
1.
Kemahiran Komunikasi
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
Latihan Dalam Kumpulan
Lawatan ke Rumah
Ceramah
Bengkel
Praktikum PRS
2.
Kemahiran Penyelesaian Masalah
3.
Kepimpinan
4.
Kemahiran Tegas Diri
5.
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
6.
Kemahiran Sosial
7.
Kemahiran Memilih Keutamaan Tugas
8.
Pengurusan Diri
8.
Pendidikan Pencegahan Dadah / Rokok / Inhalan dan HIV/ AIDS
1.
Kemahiran Asertif
Ceramah
Seminar/Bengkel
Pertandingan Esei
Pertandingan Poster
Pertandingan Pidato
Pertandingan Boria
Pertandingan Nasyid
Kuiz
5 Minit Anti Dadah
Pameran
Bimbingan Individu
Bimbingan Kelompok
2.
Kemahiran Sosial
3.
Perkembangan Seksual
4.
Sikap Benci kepada dadah
5.
Kemahiran Menghindar Jangkitan HIV/ AIDS
6.
Pendidikan Kekeluargaan


9. Selain itu bidang tugas lain:

1.         3K- Kebersihan, Kesihatan, Keselamatan
2.         Program RIMUP

MAKLUMAT LAIN BERKENAAN PERKHIDMATAN UBK:


Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice