- Buat kajian tentang syarikat/majikan berkenaan.
- Buat kajian tentang jawatan kosong yang dipohon.
- Sediakan senarai contoh soalan temuduga yang mungkin ditanya kepada anda.
- Berlatih hadiri temuduga secara praktikal dan role play.
- Cari maklumat mengenai penemuduga.
- Ambil tahu jenis temuduga yang bakal anda lalui.
- Sediakan resume serta dokumen asal serta salinan yang telah disahkan dalam satu fail.
Showing posts with label TEMUDUGA. Show all posts
Showing posts with label TEMUDUGA. Show all posts
04/10/2011
TIPS TEMUDUGA
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Tuesday, October 04, 2011
TATACARA MENGHADIRI TEMUDUGA
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Tuesday, October 04, 2011
SEBELUM HARI TEMUDUGA
- Dedahkan diri dengan ilmu dan pengalaman kerjaya yang bakal diceburi sama ada dengan membaca atau bertanyakan orang yang terlibat secara langsung dalam bidang berkaitan.
- Mohon petunjuk dari Allah dengan melakukan solat hajat.
- Berlatih menjawab soalan yang difikirkan bakal dikemukakan semasa temuduga.
- Pastikan segala butiran peribadi, sijil dan resume ada dalam fail yang akan dibawa pada hari temuduga.
HARI TEMUDUGA
- Datang awal ke tempat temuduga.
- Pakai pakaian yang bersesuaian. Rambut disikat kemas atau bagi perempuan bertudung, pastikan kemas dan baik. (Selipar, jeans, baju batik tidak dibenarkan). Perempuan jangan pakai barang kemas yang banyak atau bunyi bising daripada gelang loceng hendaklah dielakkan.
- Tunjukkan kesederhanaan diri, sikap hormat pada penemuduga.
- Melangkah ke bilik temuduga dengan penuh yakin.
- Beri salam atau ucapan yang bersesuaian dan duduk hanya apabila disuruh. Duduk dengan sopan dan jangan menggoyang-goyangkan kerusi.
- Jawab soalan dengan baik dan jelas.
- Jangan jawab tergagap-gagap bila memberi penerangan atau bertengkar walaupun soalan yang dikemukakan boleh mengundang kemarahan kita.
- Jangan bertanya mengenai gaji atau bonus melainkan jika diajak berbincang.
- Jangan mengada-adakan sesuatu atau kebolehan yang anda tidak miliki.
- Ucap terima kasih dan beri salam sekali lagi sebelum keluar.
SELEPAS TEMUDUGA
Banyakkan berdoa kepada Allah SWT agar anda dipermudahkan jalan untuk mencapai kejayaan dalam temuduga tersebut.
Subscribe to:
Posts (Atom)






