Showing posts with label REMAJA DAN PETUA. Show all posts
Showing posts with label REMAJA DAN PETUA. Show all posts

04/10/2011

DISISIH RAKAN?


Cuba cari puncanya :
Mungkin... 
  1. Anda telah menyakiti hatinya
  2. Anda kerap mengambil sikap berdiam diri
  3. Sikap anda yang tidak baik seperti suka memfitnah, mengutuk
  4. Anda kurang bekerjasama dalam melakukan tugasan
  5. Penampilan yang kurang menarik
  6. Anda seorang batu api
  7. Anda seperti talam dua muka
  8. Anda seorang yangtidak mesra
  9. Anda seorang yang panas baran



Continue reading...

CARA TRADISONAL UNTUK KURUS



CARA UNTUK KURUS TANPA UBAT-UBATAN

1.
 JANGAN BERLAPAR

ü Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan.

ü Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah.
ü
Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak.

ü Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah.
Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi.

2.
 MINUM 8 GELAS AIR SEHARI


ü Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh.

ü Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.


3.
 ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS

ü Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.


4.
 KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM

ü Pengambilan garam yang tinggi menggalakkan penakungan air.

ü Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menakung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.



5.
 AMBIL SARAPAN PAGI

ü Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi.

ü Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya.

ü Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di dalam darah. Kadar metaboliSma juga meningkat untuk membakar kalori.


6. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda.
Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.


7.
 Apabila makan di restoran atau gerai, pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakkan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.


8.
 Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah
.


9. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya.
 Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet.
Continue reading...

PETUA KECANTIKAN


Ingin menjaga kecantikan ? Sememangnya remaja tidak kira lelaki atau perempuan kadangkala menghadapi masalah seperti jerawat atau masalah berat badan. Berikut ada beberapa panduan yang boleh diikuti bagi mengatasi masalah tersebut. Selamat mencuba..............

Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Sapu di muka. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat.

KulitSentiasaTegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telur dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakkan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga kering kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila dibuka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sekali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.


Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai di muka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.




Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice