04/10/2011

PETUA KECANTIKAN


Ingin menjaga kecantikan ? Sememangnya remaja tidak kira lelaki atau perempuan kadangkala menghadapi masalah seperti jerawat atau masalah berat badan. Berikut ada beberapa panduan yang boleh diikuti bagi mengatasi masalah tersebut. Selamat mencuba..............

Menghilangkan Parut Jerawat
Mula-mula ambilkan sedikit madu dicampurkan dengan bedak sejuk. Sapu di muka. Insyaallah petua ini dapat menghilangkan jerawat.

KulitSentiasaTegang
Basuh muka dengan air. Ambil sebiji putih telur dan sapukan pada muka. Kemudian ambil kapas muka dan letakkan pada muka tadi seperti memakai mask selepas itu sapu kembali putih telur tadi di atas kapas muka sehingga basah,biar sehingga kering kapas yang melekap di muka akan menjadi seperti topeng muka apabila dibuka nanti. Hasilnya kita akan dapat lihat pada topeng itu terdapat headwhite dan kotoran yang terdapat pada muka, amalkan sekali setiap minggu. Pasti wajah anda tidak terdapat jerawat dan kulit akan putih dan lembut.


Memutihkan Kulit Muka
Ambil sebatang timun batang diparut isi dalam nya dan campur bersama 1/2biji asam limau nipis bersama bedak sejuk dipakai di muka tiap tiap malam insyaallah kulit muka akan jadi putih dan jerawat pun hilang.




0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice