Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga SMK Alor Pongsu. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan pembinaan blog Unit Bimbingan dan Kaunseling ini. Semoga adanya blog ini dapatlah kita sama-sama berkongsi idea dan pengetahuan dalam menjalani kehidupan sama ada sebagai pelajar mahupun sebagai rakan guru atau pun sebagai warga SMKAP. Apa yang lebih penting dengan adanya blog ini, UBK SMKAP dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kaunseling dengan lebih mudah, cepat dan meluas. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama demi kejayaan pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian, sesuai dengan Falsafah Bimbingan dan Kaunseling yang ingin melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh. Insyaallah……..
04/10/2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment