04/10/2011

3K (KEBERSIHAN, KESIHATAN, KESELAMATAN)


KESELAMATAN

Buli merupakan satu bentuk penyalahgunaan melalui perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan untuk menunjukkan kekuatan diri. Buli boleh berlaku dalam bentuk fizikal seperti memukul, memeras ugut, menampar, menendang, menarik rambut atau mencubit. Manakala, buli mental lebih kepada ejek-mengejek, mengusik dan menghina. Secara umumnya perlakuan buli lebih cenderung berlaku dalam kalangan pelajar lelaki, sama ada secara individu atau berkumpulan.
Oleh itu sekiranya anda dibuli laporkan kepada guru kelas / guru disiplin / kaunselor atau rakan yang anda percayai seperti pengawas atau PRS. Mereka akan menyalurkan maklumat kepada guru. Elakkan daripada berdiam diri, ponteng sekolah atau melawan. Nescaya anda yang rugi…………..
Anda batuk? Cuba petua ini…….

  • Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang..
KESIHATAN

TIPS HILANGKAN STRESS
  • Menangis sepuas hati
  • Berkongsi masalah dengan kawan yang boleh dipercayai
  • Berdoa
  • Bersangka baik dengan tuhan (dugaan ada hikmahnya)
  • Membaca al-Quran untuk ketenangan
  • Sembahyang sunat
  • Menjerit di tempat yang sesuai
  • Beriadah
  • Berjumpa kaunselor
  • Sayangi diri sendiri
  • Hargai kebolehan diri sendiri
  • Amal diet sihat untuk mengelakkan sakit jantung,obesity, darah tinggi
KEBERSIHAN

Cara mencegah mulut berbau:
  • berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berflorida untuk menangggalkan sisa makanan dan plak.
  • berus lidah, sebaik-baiknya menggunakan berus gigi yang mempunyai bahagian pembersih lidah.
  • gunakan benang flos kerana tanpanya anda hanya membersihkan 70%s sahaja gigi.
  • gunakan cecair pencuci mulut agar nafas tidak berbau.
  • kunjungi doktor gigi
  • elakkan makan makanan yang mengandungi bau yang kuat seperti bawang putih, petai dan durian.
  • meminum air kosong sekurang-kurangnya 2 liter sehari.

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice