Assalamualaikum dan salam satu Malaysia warga SMKAP. Pada minggu ini program pelajar tingkatan 3 telah dikendalikan oleh Bidang Votek. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti permainan dalaman, futsal dan pentaque. Ceramah dan pembukaan akaun simpanan PNB turut diadakan pada minggu ini. Selain itu ceramah pemilihan kerjaya telah disampaikan oleh Pn Yani manakala Pn Noor Haniza telah menyampaikan kepentingan aliran Sains .Pelajar bertuah yang berjaya menjawab soalan telah diberi hadiah semasa ceramah ini.Ustaz Zaini pula telah dijemput menyampaikan ceramah berkaitan Sekolah Teknik dan Vokasional serta peluang kemasukan ke sekolah tersebut. Selain program tersebut, bakat pelajar turut dicungkil melalui pertandingan pakaian beragam ICT, pertandingan membuat sandwich oleh pelajar lelaki dan mengukir buah-buah-buahan oleh pelajar perempuan manakala kecekapan pelajar telah diuji melalui aktiviti puzzle. Semoga pelajar semua enjoy dengan aktiviti yang dijalankan serta sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Selamat..............
29/10/2011
PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 3)
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Saturday, October 29, 2011

22/10/2011
PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 2)
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Saturday, October 22, 2011
Pada minggu ini, Bidang Bahasa telah melaksanakan Program Selepas PMR. Aktiviti yang dijalankan seperti permainan dalaman, bola tampar dan badminton. Permainan bola baling tidak dapat dijalankan kerana padang becak dan dinaiki air. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan !.Selepas rehat aktiviti seperti permainan bahasa, mencipta dan mendeklamasi sajak, lakonan drama berdasarkan teks serta language games diadakan.
Continue reading...
14/10/2011
PROGRAM SELEPAS PMR
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Friday, October 14, 2011
PROGRAM SELEPAS PMR
Minggu pertama dikendalikan oleh Bimbingan dan Kaunseling. Program yang telah dijalankan ialah permainan dalaman, perlawanan bola sepak dan bola jaring, IGB, IPW, penyerahan buku teks serta tayangan motivasi diri. Semoga pelajar enjoy dan bergembira sepanjang program dijalankan. Kepada pelajar yang belum pulangkan buku teks silalah hantar pada minggu hadapan.
PROGRAM MEREKAYASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2011
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Friday, October 14, 2011
PROGRAM MEREKAYASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2011
Pada 6 Oktober yang lalu, 4 pelajar dari kelas 4 Sains telah mewakili SMKAP dalam pertandingan talk show dan pertandingan membina blog Bimbingan dan Kaunseling. Pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan ini turut disertai oleh sekolah-sekolah lain dalam daerah Kerian. Dengan adanya pertandingan ini juga maka terbinalah blog Bimbingan dan Kaunseling SMKAP dengan nama (UBK SMK Alor Pongsu Blogspot.com). Walaupun tidak mendapat sebarang tempat, namun dengan adanya pertandingan ini, sekolah ini dan majoriti sekolah lain di daerah ini telah memiiki blog Bimbingan dan Kaunseling masing-masing. Tahniah diucapkan. Sama-samalah kita merealisasikan transformasi perkhidmatan B & K.
05/10/2011
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 MAKTAB RENDAH SAINS MARA (SEMENANJUNG MALAYSIA) TAHUN 2012
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Wednesday, October 05, 2011
PERMOHONAN KE INSTITUT PENDIDIKAN MARA (IPMa) SESI JANUARI 2012
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Wednesday, October 05, 2011
Para lepasan Sijil, SPM, SPMV, STPM, Diploma dan yang setaraf dengannya dipelawa untuk memohon memasuki institusi-institusi pendidikan MARA bagi sesi Januari 2012. Institusi Pendidikan MARA yang dimaksudkan adalah;
- Kolej Profesional MARA (KPM)
- Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM)
- Institut Kemahiran MARA (IKM)
- German Malaysian Institute (GMI)
- Universiti Kuala Lumpur (UniKL)
- Kolej Poly-Tech MARA (KPTM)
Permohonan
- Permohonan boleh dibuat secara online di laman web Permohonan UPIM Secara Online.
- Pemohon boleh juga datang sendiri ke institut, kolej, universiti yang berkenaan.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan ke Institut Pendidikan MARA IPMA Sesi Januari 2012 akan ditutup pada 7 Oktober 2011.
PERMOHONAN KE ILJTM SESI JANUARI 2012
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Wednesday, October 05, 2011
Permohonan
Permohonan kemasukan ke ILJTM boleh dibuat dengan 2 cara;
- Secara dalam talian (online) di Permohonan Kemasukan ILJTM Sesi Januari 2012.
- Datang sendiri ke ILJTM yang berhampiran.
Tarikh Tutup
- Permohonan kemasukan ke ILJTM bagi sesi Januari 2012 ini akan ditutup pada 24 Oktober 2011.
- Pemohon yang tidak mendapat jawapan dalam tempoh 3 bulan selepas tarikh tutup dianggap tidak berjaya.
PERMOHONAN KE MATRIKULASI SESI 2012/2013
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Wednesday, October 05, 2011
PERMOHONAN KE TINGKATAN 4 SEKOLAH BERASRAMA PENUH (SBP)
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Wednesday, October 05, 2011
PERMOHONAN KEMASUKAN KOLEJ VOKASIONAL, SEK.MEN TEKNIK DAN SEK.MEN VOKASIONAL TAHUN 2012
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Wednesday, October 05, 2011
Murid-murid yang menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2011 adalah dipelawa untuk memohon ke Kolej Vokasional (KV), Sekolah Menengah Vokasional (SMV) dan Sekolah Menengah Teknik (SMT) bagi sesi pengambilan tahun 2012.
TAKLIMAT TERAKHIR
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Wednesday, October 05, 2011
Taklimat terakhir kepada pelajar tingkatan 3 sebelum PMR telah diadakan di surau An-Nur pada hari Jumaat, 30 Sept 2011. Kaunselor telah memberi motivasi serta peringatan berkaitan menjaga keselamatan dan kesihatan diri pelajar di majlis ini. Manakala PK HEM telah menyampaikan maklumat berkaitan persediaan banjir serta mengedarkan borang untuk diisi oleh pelajar berkaitan alamat serta nombor telefon terkini. Seterusnya taklimat peperiksaan oleh Setiausaha PMR dan diakhiri oleh ucapan PK Pentadbiran serta ucapan Pengetua. Pelajar-pelajar telah diberi minum air Yasin pada akhir taklimat.
Semoga kejayaaan dalam genggaman mengiringi anda semua. Aminnnn..............
Subscribe to:
Posts (Atom)