06/07/2012

Program Tanggungjawab Sosial Korporat GEMPAK MUFORS antara PLUS & SMKAP


Pada 4 Julai 12, GEMPAK MUFORS telah mengadakan program Tanggungjawab Sosial Korporat di sekolah ini bermula pada pukul 2.00 ptg. GEMPAK bermaksud "Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan, manakala MUFORS ialah Malaysians Unite for Road Safety.Pengisian program ialah ceramah keselamatan oleh Pakar Analisis Jenayah dan Motivator iaitu En Kamal Afendy b Hashim dan En Shahrul Nizam b Razif. Tetamu yang hadir pada hari itu ialah En Mohd Fuad b Khusairi,Ketua Pegawai  Operasi PLUS BHD, Hjh Norbayati bt Manaf,Pengurus Wilayah Utara, PLUS Malaysia Bhd.Hj Mohamad Kasim b Hj Ismail, Pengurus Seksyen N4 , seketeriat GEMPAK MUFORS dan kakitangan PLUS.
Seterusnya pelajar-pelajar menjalani praktikal menunggang motosikal dengan bimbingan En Ahmad Shuhaimi.

Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 paling bertuah kerana mendapat t-shirt dan topi keledar percuma.Adalah diharapkan selepas ini pelajar-pelajar ini menjadi pelajar contoh dalam mematuhi peraturan dan keselamatan jalaan raya.Kami turut rasa bertuah kerana sekolah ini adalah sekolah ke-7 dalam Malaysia yang terlibat dalam program ini. Namun apa yang nyata sekolah ini terpilih kerana terletak berhampiran dengan susur keluar Alor Pongsu yang dalam proses pembikinan.

Lihatlah suasana sekolah pada hari tersebut, ......................... 

Kakitangan sekolah sibuk memasang "bunting"
Program bersama GEMPAK MUFORS

Seronoknya, senyum 1 Malaysia.................

Tetamu Kehormat dan Pengetua
En Kamal Afendy b Hashim


Bersama En Shahrul Nizam
Angkat tangan kiri, godek-godek

Aksi semasa ceramah Keselamatan Jalan Raya


Hai, tak kan tak larat dah

A...ha..kkkk a..ha...kkkkk

Wow, macam test kat JPJ

Gadis Litar Alor Pongsu, gurau je jangan mare......nanti kena jual

Aiseh, Polis Trafik Alor Pongsu
Ni nak test JPJ ke nak pi tuisyen


Walamak, setakat naik titi tu, aku pun reti.sebab tu wa tak kisah, just tengok je

Kalau ada aksi ngeri lagi terangkat, he...he...

Boleh dapat lesen lepas ni

Gaya pemandu berhemah

Berhenti, IC ado ke takdo ekau ni
Bakal pelumba F1
Wa, ada gaya.....macam Alex Yoong

Asyik muka korang je, cikgu pun nak join sekali
Penyampaian hadiah kepada kumpulan yang memenangi acara praktikal

Bergaya disamping motor baru AHX....................

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice