Pada Isnin, 13 Julai 12, Majlis Penyerahan Mentor-Mentee ELIT PMR/SPM dan Mentor-Mentee Kelas 2012 telah dilaksanakan di tapak perhimpunan SMKAP. Semasa majlis itu, Pn Norajinah telah mengambil kesempatan untuk menyampaikan kad lahir bulai Julai untuk pelajar-pelajar yang lahir pada bulan Julai.Pengetua telah menyempurnakan penyampaian kad lahir kepada wakil pelajar iaitu Siti Sarah bt Abu Bakar.
Seterusnya pengacara majlis iaitu Pn Nora telah menyampaikan kata-kata aluan berkaitan Program Mentor-Mentee kepada pelajar-pelajar. Guru-guru telah ditaklimatkan seminggu awal. Seterusnya majlis diteruskan dengan ucapan Pengetua.
Selepas itu pelajar-pelajar ELIT PMR/SPM dan wakil mentee kelas masing-masing iaitu ketua/penolong telah ditemukan dengan mentor masing-masing. Majlis dimulakan dengan Pengetua bertemu mentee.(maaf gambar terlupa ambil).Lihatlah wajah-wajah ceria pelajar serta mentor masing-masing. Maaf tak semua gambar dapat dimuatkan di sini. Apapun terima kasih atas kerjasama semua.
Adalah diharapkan melalui program ini pelajar-pelaajar SMKAP lebih cemerlang dalam bidang sahsiah, akademik mahupun tingkah laku. Semoga SMKAP lebih cemerlang, terbilang dalam daerah ini. Selamat..........
| PK KOKO bersama mentee |
| Pemangku HEM bersama mentee |
| Pn Norleza bersama mentee |
| En Haris bersama mentee |
| En Arsalan bersama mentee |
| Pn Fazlina bersama mentee |
| Pn Fariza bersama mentee |
| Cik Nurul Hayati bersama mentee |
| En Rosli bersama mentee |
| En Zubir dan Pn Nora Norasyikin bersama mentee kelas |
| Pn Tan dan Pn Azni bersama mentee kelas |
| En Saharum bersama mentee |
| En Rashidi bersama mentee |
| En Salman bersama mentee |
| Pn Adilah dan Cik Hanim bersama mentee kelas |






0 comments:
Post a Comment