10/02/2012

SEKOLAH BEBAS DADAH 2012


Bersesuaian dengan hasrat kerajaan ingin menjadikan sekolah bebas dadah 2012, "Ujian Air Kencing" telah dilaksanakan ke atas 41 pelajar yang diambil secara rawak. Program tersebut telah dijayakan oleh Pegawai Pendidikan Pencegahan Dadah Kerian, Tn.Hj.Zainoddin b Napiah dan anggota AADK Kerian pada 9 Feb 2012 . Program ini telah dimulakan dengan taklimat kesedaran oleh Tn.Hj Zainoddin mengenai tanggungjawab seorang pelajar pada diri sendiri, ibu bapa serta tanggungjawab sebagai seorang hamba Allah.Seterusnya pelajar-pelajar menjawab soal selidik berkaitan dadah, rokok,inhalan serta gejala sosial dan akhir sekali menjalani ujian air kencing (urine test) .
           Matlamat utama program ini ialah memberi kesedaran kepada pelajar-pelajar mengenai bahaya dadah,rokok, inhalan dan yang berkaitan. Selain itu ia bertujuan mengenal pasti pelajar yang mungkin terlibat dengan salah laku tersebut.Seterusnya sekiranya ada pelajar-pelajar yang terlibat, mereka akan dibantu melalui proses kaunseling dan tindakan yang sewajarnya bagi membantu pelajar tersebut. terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan program tersebut.

                    "Semoga impian menjadi kenyataan: sekolah bebas dadah 2012"

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice