28/02/2012

MAJLIS PERSARAAN PK HEM


Pada 28 Feb 2012, telah diadakan majlis persaraan PK HEM iaitu Tn Hj Hasanuddin b Husin.Antara pengisiannya ialah ucapan PPD, wakil PIBG,Pengetua, Pengerusi Kelab Guru, serta guru yang diraikan. Persembahan multimedia serta persembahan pelajar telah menyerikan majlis tersebut. Tetamu telah diraikan dengan jamuan makanan berkonsepkan makanan orang Banjar seperti ulam-ulaman, masak lemak keladi, serta tak ketinggalan wadai kiping dan kuih kalakatar. Wah, sedapnya maklumlah lama tak makan makanan ni.

Tn Hj telah berkhidmat selama 20 tahun di sekolah ini, yang mana 3 tahun sebagai Guru Disiplin dan 17 tahun sebagai PK HEM. Sesungguhnya sikap baik pelajar yang mahu mendengar kata serta kerjasama semua pihak menjadi penarik untuk beliau berada lama di sini. Dengan kenyataan itu adalah diharapkan agar pelajar-pelajar terus memberikan kerjasama yang baik, berdisiplin serta menjaga sahsiah seiring dengan kejayaan dalam akademik.

Apapun, kami sedih juga mengenangkan pemergian Tn Hj Hasanuddin, tapi apakan daya masa "berehat" sudah sampai, bolehlah diisi dengan aktiviti lain seperti beribadat serta tumpuan pada keluarga.

Walau bagaimanapun:- jasamu dikenang, sikap sabarmu elok menjadi ikutan.Kami dari unit B & K amat terasa kehilanganmu.
Tiada lagi tempat mengadu atau merujuk masalah. Terima kasih daun keladi, sudi-sudilah melawat kami lagi.
Maaf andai terkasar bahasa atau sumbang ketika berbicara. Selamat..........................

majlis persaraan PK HEM

Pelajar-pelajar berada di bawah khemah untuk turut sama meraikan

PK HEM yang diraikan bersama isteri

Ucapan terakhir Tn Hj Hasanuddin b Husin

Acara penyampaian hadiah


pelajar membuat persembahan
Selamat tinggal sekolahku, SMK Alor Pongsu


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice