Demi merealisasikan sasaran akademik Top Three” (MSAT3) peperiksaan awam negeri Perak secara amnya dan sekolah khususnya, segala bentuk usaha dan program sokongan perlu dilaksanakan. Memandangkan remaja hari ini melalui pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup, maka mereka perlu sentiasa dibimbing, diberi peringatan serta motivasi agar sentiasa bersemangat dalam menghadapi apa juga cabaran. Sehubungan dengan itu program motivasi pelajar SPM telah diadakan di Dewan Sri Pongsu pada 22 Julai 2011 manakala motivasi pelajar PMR telah diadakan pada 27 Julai 2011. Program ini diadakan untuk meningkatkan tahap keyakinan pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PMR dan SPM dan sekaligus menaikkan prestasi keputusan peperiksaan sekolah.
27/09/2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment