04/12/2011

KERJAYA


KERJAYA SEBAGAI SEORANG DOKTOR

Dapatkan maklumat lanjut dalam buku yang tertera...

KERJAYA SEBAGAI SEORANG PEGUAM

SYARAT UNTUK MENCEBURI BIDANG INI
Untuk menceburi bidang ini, pelajar harus memiliki sekurang-kurangnya Ijazah Sarjana Muda Undang-undang (L.L.B.) serta perlu mengikuti sekurang-kurangnya 9 bulanChambering sebelum diterima/melayakkan diri sebagai peguam.

TEMPAT MELANJUTKAN PENGAJIAN

Pelajar-pelajar boleh memilih beberapa cara untuk men­dapatkan Ijazah Sarjana Muda Undang-undang iaitu:

(i)  Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Para pelajar perlu lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk mengikuti kursus matrikulasi undang-undang dan kemudian mengikuti kursus sarjana muda undang-­undang. Bagi yang memohon UiTM dengan menggunakan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), mereka boleh mengikuti Sarjana Muda Undang-undang. Bagi mereka yang memiliki Diploma Pentadbiran Awam, Undang-undang atau Perakaunan dan UiTM, mereka boleh memasuki Universiti Malaya (UM) untuk mengikuti Ijazah Pertama Undan-­undang.

(ii)   Matrikulasi

Lepasan SPM boleh mengikuti kursus matrikulasi di UiTM selama satu setengah tahun. Selepas itu, mereka boleh meneruskan pengajian undang-undang di peringkat ijazah pertama. Kursus ijazah ini mengambil masa empat tahun.

(iii) STPM

Dengan menggunakan keputusan STPM, para pelajar boleh meneruskan cita-cita mereka dalam bidang undang-undang peringkat ijazah di UM, UKM, UIAM dan UiTM.

(iv) A level

Bagi yang memiliki kelulusan A level, mereka biasanya meng­ikuti kursus undang-undang di luar negara seperti di United Kingdom, Ireland, Australia dan New Zealand. Kursus di Australia dan New Zealand (STPM juga boleh digunakan) memakan masa 4 tahun sementara di United Kingdom dan Ireland mengambil masa 3 tahun.
              
(v)   South Australian Matriculation

Kelayakan ini adalah untuk kemasukan ke universiti di Australia tetapi boleh digunakan juga untuk kemasukan ke United Kingdom dan New Zealand.
                
(vi)  Sijil Amalan Guaman

Para graduan yang mengikuti kursus di United Kingdom dan Ireland dikehendaki menduduki Bar Course. Peluang ini diberikan kepada pelajar yang mendapat kelas dua atau kepujian. Bagi mereka yang gagal di dalam peperiksaan tersebut serta pelajar-pelajar yang lain mereka bolehlah mengambil ujian untuk Sijil Amalan Guaman(Certificate of Legal Practice) di Universiti Malaya. Walau bagaimanpun, tanpa sijil ini mereka masih boleh diterima untuk menjawat pelbagai jawatan di bidang atau jurusan lain seperti di badan-badan perundangan atau kehakiman kecuali peguam.

Graduan-graduan dan IPT di Singapura, New Zealand dan Australia dikecualikan daripada mengambil peperiksaan ini kerana mata pelajaran yang diikuti adalah pari-materia dengan mata pelajaran yang diberi di Malaysia.

CHAMBERING


Untuk melayakkan diri di dalam bidang undang-undang sebagai peguam, dan sebelum diterima menjadi peguam (called to the bar) lulusan itu mestilah membuat chambering iaitu kursus dan latihan kelayakan selama 9 bulan dengan mana-mana firma guaman yang dikendalikan oleh peguam yang telah diiktiraf sebagai peguam sekurang-kurangnya 7 tahun. Sepanjang tempoh itu, mereka akan menjalani latihan untuk mempelajari pelbagai ilmu serta aspek yang berkaitan dengan amalan guaman khususnya perkara-perkara
praktikal yang tidak diajar di universiti.

Mereka juga dikehendaki lulus Bahasa Malaysia Qualifying Examination yang dijalankan oleh badan penilaian seperti yang tertera di bawah Legal Profession Act. Pengecualian daripada menduduki peperiksaan ini biasanya diberikan berdasarkan keputusan bahasa Melayu peringkat SPM.

UNTUK MENGETAHUI DENGAN LEBIH LANJUT SILA LAYARI http://laluanpeguam.blogspot.com/

KERJAYA DALAM BIDANG FARMASI

Dapatkan maklumat lanjut dalam buku yang tertera...

KERJAYA SEBAGAI PEGAWAI TADBIR DAN DIPLOMATIK

Dapatkan maklumat lanjut dalam buku yang tertera...

KERJAYA DALAM BIDANG ICT

Dapatkan maklumat lanjut dalam buku yang tertera...

KERJAYA DALAM BIDANG INSURANS

Dapatkan maklumat lanjut dalam buku yang tertera...

KERJAYA DALAM BIDANG KEJURUTERAAN

Dapatkan maklumat lanjut dalam buku yang tertera..

KERJAYA DALAM BIDANG PERAKAUNAN

Dapatkan maklumat lanjut dalam buku yang tertera..





Continue reading...

18/11/2011

SELAMAT BERCUTI


Horey...............Cuti sekolah bermula. Bolehlah rehatkan minda, tenangkan emosi dan rehatkan fizikal. Tapi jangan lupa jaga keselamatan diri. Di samping kita berehat jangan lupa mengulangkaji pelajaran yang masih kurang dikuasai. Sekurang-kurangnya cuti sekolah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Jangan asyik merempit dan "berface book" sahaja, buku pun kena layan.

Selain aktiviti tersebut, apa kata kita mencuba resepi baru, sekurang-kurangnya pandai juga memasak. Barulah mak sayang. 

Kepada tingkatan 5, sabar jelah, beri tumpuan pada peperiksaan, nanti anda bercuti lagi panjang.


Resepi wadai kiping










Bahan A
tepung pulut
sedikit air kapur                                  
air
garam

Bahan B
santan kelapa
gula merah
gula pasir
garam
daun pandan
(Sukatan ikut suka, agak-agak je)

Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air asalkan boleh digentel. Gentel jadi bulat dan penyekkan sedikit sebesar 1 cm atau 1.5 cm.
2.Masak santan. Masukkan garam, gula pasir,gula merah. kacau sebati dan biarkan mendidih. Masukkan bahan A yang siap digentel dan masak sehingga lembut.
3.Akhir sekali masukkan daun pandan
4.Kalau musim durian, masukkan durian, lagi sedap..

Selamat mencuba!!!!





SELAMAT BERCUTI


Continue reading...

PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 6)


Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan. Program selepas PMR dikendalikan sekali lagi oleh Unit Kaunseling. Antara aktiviti yang dijalankan ialah LDK, uji minda, lawatan sambil belajar, ceramah kesihatan, ceramah bahaya kebakaran oleh Bomba serta penyampaian hadiah kepada pemenang.









Continue reading...

16/11/2011

LAWATAN KE USM TRANSKRIAN


Pada 15 Nov 2011,pelajar Tingkatan 3 telah dibawa melawat ke USM Transkrian. Selepas mendapat taklimat  berkaitan USM, pelajar telah dibawa melawat ke perpustakaan dengan diiringi oleh staf perpustakaan. Selain perpustakaan pelajar juga berpeluang melawat ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Antara tujuan lawatan ini ialah memberi motivasi kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti. Moga impian akan menjadi kenyataan.











Continue reading...

11/11/2011

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2011


Selamat menduduki SPM diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 5 2011. Tabahkan hati, kuatkan semangat, jawab dengan tenang dan hati-hati. Jangan lupa untuk menyemak semula. Pastikan jadual waktu dipatuhi dan diteliti dengan betul. Semoga anda semua akan berjaya. Guru-guru mendoakan kejayaan anda. Jaga keselamatan dan kesihatan apatah lagi peperiksaan mengambil masa hampir sebulan untuk tamat.

Untuk panduan/tips menjelang peperiksaan, hari peperiksaan, sila layari bahagian arkib blog bulan Oktober (teknik menghadapi peperiksaan)

SELAMAT.................................
Continue reading...

PROGRAM PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2012


Pada hari ini 11.11.2011 telah diadakan Program Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012. Program dimulakan dengan pendaftaran pelajar mengikut sekolah. Seterusnya ucapan Pengerusi PIBG, ucapan Pengetua, ucapan PK Ko Kurikulum dan Guru Disiplin. Majlis diteruskan dengan mengukur saiz baju sukan untuk tahun hadapan. Majlis tamat pada pukul 12.00 tgh. Kehadiran amat memuaskan sama ada pelajar mahu pun ibu bapa/ penjaga. Pelajar-pelajar telah diberitahu mengenai peraturan sekolah, sikap dan sahsiah serta dibekalkan dengan senarai barangan yang patut dibeli pada tahun hadapan. Akhir sekali terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.










Continue reading...

PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 5)


Pada minggu ini, Program Selepas PMR telah dikendalikan oleh Bidang Kemanusiaan. Hari Isnin, sekolah masih bercuti sempena Hari Raya Haji. Hari Selasa telah dimulakan dengan Eksplorace Geografi. Pelajar dalam kumpulan telah bersatu padu berusaha mencari "harta karun" berdasarkan klu diberi. Selepas rehat, Pendidikan Seni telah mengambil alih dengan aktiviti membina "mercu tanda" bangunan tertinggi oleh pelajar lelaki, manakala pelajar perempuan telah membuat kad ucapan 3D selamat hari ibu. Aktiviti lain yang dijalankan ialah permainan dalaman, Kuiz Pendidikan Islam, Lukisan pemandangan, permainan uji minda, peta minda, teka kata Geografi, pertandingan azan dan bacaan doa serta tayangan filem patriotik.







Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice