12/07/2012

Program Tandatangan Slip Peperiksaan Ptengahan Thn


Program Tandatangan Slip Peperiksaan Pertengah Thn 2,3,4,5 2012, Ceramah Keibubapaan serta Taklimat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS bagi Tingkatan 1 2012 telah diadakan pada 6 Julai 2012, bermula 8.00 pagi - 12.15 tgh. Penceramah undangan ialah Al-Fadhil Ustaz Mohd Saruji Affandy b Hj Yahaya,Pegawai JASA Parlimen Baling,Kedah, Penceramah Agama Radio Kedah FM. Manakala taklimat PBS disampaikan oleh En Hashim B Mat Som, Penolong PPD Peperiksaan.

Semasa majlis tandatangan slip peperiksaan dilaksanakan, ibu bapa pelajar tingkatan 1 mendengar taklimat PBS manakala pelajar tingkatan 1 berada di surau untuk program LDK bersama Pn Norajinah.

Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung.


 Pendaftaran ibu bapa/penjaga
Orang kuat pada hari tersebut

Ibu bapa/penjaga yang hadir pada hari tersebut

Penceramah jemputan

Suasana pada hari tersebut


Cameraman pun nak bergambar juga


En Hashim b Mat Som, Penolong PPD Peperiksaan menyampaikan taklimat PBS

Guru-guru dan pekerja turut mendengar taklimat PBS


Guru-guru perempuan turut mendengar taklimat

Continue reading...

06/07/2012

Program Tanggungjawab Sosial Korporat GEMPAK MUFORS antara PLUS & SMKAP


Pada 4 Julai 12, GEMPAK MUFORS telah mengadakan program Tanggungjawab Sosial Korporat di sekolah ini bermula pada pukul 2.00 ptg. GEMPAK bermaksud "Gerakan Motosikal Pencetus Amalan Keselamatan, manakala MUFORS ialah Malaysians Unite for Road Safety.Pengisian program ialah ceramah keselamatan oleh Pakar Analisis Jenayah dan Motivator iaitu En Kamal Afendy b Hashim dan En Shahrul Nizam b Razif. Tetamu yang hadir pada hari itu ialah En Mohd Fuad b Khusairi,Ketua Pegawai  Operasi PLUS BHD, Hjh Norbayati bt Manaf,Pengurus Wilayah Utara, PLUS Malaysia Bhd.Hj Mohamad Kasim b Hj Ismail, Pengurus Seksyen N4 , seketeriat GEMPAK MUFORS dan kakitangan PLUS.
Seterusnya pelajar-pelajar menjalani praktikal menunggang motosikal dengan bimbingan En Ahmad Shuhaimi.

Pelajar-pelajar tingkatan 4 dan 5 paling bertuah kerana mendapat t-shirt dan topi keledar percuma.Adalah diharapkan selepas ini pelajar-pelajar ini menjadi pelajar contoh dalam mematuhi peraturan dan keselamatan jalaan raya.Kami turut rasa bertuah kerana sekolah ini adalah sekolah ke-7 dalam Malaysia yang terlibat dalam program ini. Namun apa yang nyata sekolah ini terpilih kerana terletak berhampiran dengan susur keluar Alor Pongsu yang dalam proses pembikinan.

Lihatlah suasana sekolah pada hari tersebut, ......................... 

Kakitangan sekolah sibuk memasang "bunting"
Program bersama GEMPAK MUFORS

Seronoknya, senyum 1 Malaysia.................

Tetamu Kehormat dan Pengetua
En Kamal Afendy b Hashim


Bersama En Shahrul Nizam
Angkat tangan kiri, godek-godek

Aksi semasa ceramah Keselamatan Jalan Raya


Hai, tak kan tak larat dah

A...ha..kkkk a..ha...kkkkk

Wow, macam test kat JPJ

Gadis Litar Alor Pongsu, gurau je jangan mare......nanti kena jual

Aiseh, Polis Trafik Alor Pongsu
Ni nak test JPJ ke nak pi tuisyen


Walamak, setakat naik titi tu, aku pun reti.sebab tu wa tak kisah, just tengok je

Kalau ada aksi ngeri lagi terangkat, he...he...

Boleh dapat lesen lepas ni

Gaya pemandu berhemah

Berhenti, IC ado ke takdo ekau ni
Bakal pelumba F1
Wa, ada gaya.....macam Alex Yoong

Asyik muka korang je, cikgu pun nak join sekali
Penyampaian hadiah kepada kumpulan yang memenangi acara praktikal

Bergaya disamping motor baru AHX....................
Continue reading...

22/06/2012

CABARAN GURU ALAF BARU


Guru dulu dan sekarang

Apa komen anda ?

Catatan harian seorang pelajar, anda pula bagaimana.............

Continue reading...

06/06/2012

KURSUS KEPIMPINAN PRS


Pada 26 & 27 Mei yg lalu, Kursus Kepimpinan PRS telah diadakan di Dewan Sri Pongsu. Seramai 40 ahli PRS telah hadir pada program itu. Program yang diadakan selama 2 hari itu telah diisi dengan slot Pengenalan PRS, kesedaran kendiri, komunikasi, senamrobik,ice breaking, keremajaan dan tak lupa ujian bagi memenuhi syarat Tahap Bongsu. Tahniah kepada PRS yang hadir, tidak lupa kepada Siti Nur Farhana, Shadila dan Hazliyani yang membantu mengetuai senamrobik.Enjoy seketika lepas exam...he..he..

Apapun buat PRS, pastikan anda sentiasa menjaga tatasusila, adab dan mempelajari kemahiran yang dibekalkan dalam menuju arah sebagai Pembimbing Rakan Sebaya sesuai dengan Falsafah PRS "bantu diri untuk bantu orang lain".   Selamat.......... .Ahli baru lepas cuti boleh pakai uniform baru...

Pelajar menyanyi lagu PRS

Ice Breaking

Chicken Dance

Sakan Joget Cik Abang kita ni

Sehati Berdansa
                                    
Ikut "Tuk Guru" buat

Hai-hai.....bye...bye

Pn Nora dengan slot Pengenalan PRS

Aktiviti slot komunikasi

Jejaka Melayu Terakhir

Wat pe.....tu ?

Instruktor import, gaji lumayan  beb....

"Ke arah Malaysia cergas.......badan sihat minda cerdas

macam tak makan je...............
Kami berjanji akan ................

jawab...jangan tak jawab



Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice