18/05/2012

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH


Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara. Itulah tema Hari Guru pada tahun ini.
Pada 16 Mei 2012, sambutan Hari Guru telah dimulakan dengan perhimpunan pagi. Antara pengisian program ialah Perutusan Hari Guru oleh KPPM, nyanyian Lagu Guru Malaysia, penyampaian hadiah buat guru-guru.

Seterusnya acara permainan di antara guru-guru dan pelajar-pelajar telah berlangsung di tapak perhimpunan. Persembahan pelajar dan guru-guru menyusul kemudian di Dewan Sri Pongsu.

Maafle gambar tak menyeluruh, maklumla camerawoman ada urusan lain.

"selamat hari guru"


Posing sat dengan tema coklat

Wah, bakal pengantin pun sibuk melontar kelapa

"Control ayu" sambil bermain

Pasukan cikgu lelaki tak kurang hebat

Lontaran Cikgu Fitri dan Cikgu Haris

Bergambar bersama tauke handbag

Pelajar-pelajar yang menunggu bola pingpong dibaling

Bila nak start ni, aku nak main pentanq lak !

Acara membaling belon ke dalam bakul

Awat, pakat-pakat dok senyum ni

Brothers kita control macho

Wah, ada gaya..............

Continue reading...

06/05/2012

SELAMAT HARI GURU


GURU INOVATIF MELONJAKKAN TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA
                                
  16 Mei 2012


kepada semua guru-guru SMK ALOR PONGSU khususnya 
dan semua guru-guru di Malaysia .


--SEMOGA SENTIASA KOMITED DENGAN TUGAS ANDA 
& BERBAHAGIA HENDAKNYA--




Continue reading...

03/05/2012

Penangguhan PLKN Siri 9 (2) 2012


Penangguhan PLKN boleh dibuat bagi pelajar-pelajar SPM 2011 yang mendapat tawaran ke tingkatan 6 bawah dan matrikulasi (yg ingin pergi) dengan mengisi borang penangguhan PLKN 1 (download) dengan sertakan surat panggilan tingkatan 6 / matrikulasi.

SELAMAT...................
Continue reading...

22/04/2012

HARI ANUGERAH KURIKULUM


Pada 20 April yang lalu, bertempat di Dewan Sri Pongsu, telah berlangsung Hari Anugerah Kurikulum 2012 yang telah dirasmikan oleh En Mustapa b Hj Abidin, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kerian, Unit Pengurusan Sekolah Menengah. Pelajar-pelajar yang terpilih telah menerima hadiah mengikut kategori yang telah ditetapkan. Guru-guru turut menerima sijil penghargaan atas jasa bakti mereka selama ini dalam membantu meningkatkan pencapaian akademik sekolah. Syabas guru-guru dan juga pelajar-pelajar.


(Hari Anugerah: Adalah sebahagian daripada penghargaan kepada pelajar-pelajar:
 Ia termasuk dalam Program Guru Penyayang)

Pertunjukan silat menyambut ketibaan tetamu jemputan

Pendidikan Khas menyampaikan persembahan

En Mustapa b Hj Abidin, PPPDK menyampaikan ucapan perasmian

Hadiah-hadiah yang disediakan

Persembahan nasyid

Pelajar-pelajar yang menerima hadiah







Continue reading...

16/04/2012

Program Guru Penyayang


Pada 9 April yang lalu, satu majlis penyerahan kad hari lahir telah diadakan semasa perhimpunan pagi. Dalam majlis itu, Pn Latifah, PK Pentadbiran telah menyampaikan kad tersebut kepada wakil dari aliran Perdana dan wakil Pendidikan Khas sempena tarikh lahir mereka yang jatuh pada bulan April. Pn Norajinah, Guru Kaunseling dalam ucapannya telah mengucapkan selamat hari lahir kepada semua pelajar yang lahir dalam bulan April.

"Selamat Hari Lahir". Itu tanda guru-guru sayang anda semua................

Wakil Pendidikan Khas (Mohd Firdaus) menerima kad lahir


Wakil aliran Perdana (Mohd Zaki) menerima kad lahir






Sebonaeee tarikh lahir den pun, bulan April.

Continue reading...

11/04/2012

Kem Jati Diri


Pada 30 Mac-1 Apr yang lalu telah diadakan Kem Jati Diri Unit Uniform di PLKN Cenderoh,Kuala Kangsar, Perak. Seramai 75 pelajar, 7 guru dan 3 staf telah mengikuti kem ini. Walau bagaimanapun ketua rombongan iaitu Cikgu Shelyzatul tidak dapat hadir kerana akan melapor diri sebagai pensyarah di Penang pada 2 April.Pelbagai aktiviti telah diatur oleh PLKN untuk memantapkan jati diri pelajar-pelajar Alor Pongsu. Pelajar-pelajar kelihatan teruja dengan aktiviti lasak serta mencabar. 

Terima kasih diucapkan kepada jurulatih-jurulatih PLKN yang banyak membantu pelajar serta guru-guru dalam menjayakan kem ini. Tidak lupa juga kepada En Nasir dan Pn Aleeza, pemilik PLKN tersebut yang turut membantu ketika pelajar-pelajar sakit.

Apapun, syukur alhamdulillah kerana kem ini telah berjaya sampai ke penghujungnya dan pelajar-pelajar pulang dalam keadaan selamat.

Pengetua menyempurnakan perasmian pembukaan

Senamrobik


Rehat seketika sebelum jungle trekking

Slot LDK




Masa makan daaa.............


Sukaneka (kanak-kanak ribena, he..he..)

Bersedia untuk pembentangan


Pembentangan LDK

Wah ! Ada gaya
Sampai bawah, bolehla senyum



Kerumun apa tu



Apapun,selamatkan kasut aku dulu, kasut mahe ni...

terbang burung terbang

macam ni lah orang dulu masa tak de api


Mak oi, tak larat dah tangan den.............

Sempat posing lagi

Panjat, jangan tak panjat

Pasukan komando Alor Pongsu


Penyampaian sijil
Milik siapakah basikal ini  ?
Teringat basikal P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok....he...he...


Bergambar beramai-ramai bersama jurulatih PLKN

Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa......
hilang di mata tapi, di hati jangan lupa,..huk...huk


Semoga selepas ini, pelajar-pelajar akan lebih bersemangat, bertenaga dan fokus ketika belajar. Selamat
berjaya.
Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice