Pada 30 Mac-1 Apr yang lalu telah diadakan Kem Jati Diri Unit Uniform di PLKN Cenderoh,Kuala Kangsar, Perak. Seramai 75 pelajar, 7 guru dan 3 staf telah mengikuti kem ini. Walau bagaimanapun ketua rombongan iaitu Cikgu Shelyzatul tidak dapat hadir kerana akan melapor diri sebagai pensyarah di Penang pada 2 April.Pelbagai aktiviti telah diatur oleh PLKN untuk memantapkan jati diri pelajar-pelajar Alor Pongsu. Pelajar-pelajar kelihatan teruja dengan aktiviti lasak serta mencabar. 
Terima kasih diucapkan kepada jurulatih-jurulatih PLKN yang banyak membantu pelajar serta guru-guru dalam menjayakan kem ini. Tidak lupa juga kepada En Nasir dan Pn Aleeza, pemilik PLKN tersebut yang turut membantu ketika pelajar-pelajar sakit.
Apapun, syukur alhamdulillah kerana kem ini telah berjaya sampai ke penghujungnya dan pelajar-pelajar pulang dalam keadaan selamat.
|  | 
| Pengetua menyempurnakan perasmian pembukaan | 
|  | 
| Senamrobik | 
|  | 
| Rehat seketika sebelum jungle trekking | 
|  | 
| Slot LDK | 
|  | 
| Masa makan daaa............. | 
|  | 
| Sukaneka (kanak-kanak ribena, he..he..) | 
|  | 
| Bersedia untuk pembentangan | 
|  | 
| Pembentangan LDK | 
|  | 
| Wah ! Ada gaya | 
|  | 
| Sampai bawah, bolehla senyum | 
|  | 
| Kerumun apa tu | 
|  | 
| Apapun,selamatkan kasut aku dulu, kasut mahe ni... | 
|  | 
| terbang burung terbang | 
|  | 
| macam ni lah orang dulu masa tak de api | 
|  | 
| Mak oi, tak larat dah tangan den............. | 
|  | 
| Sempat posing lagi | 
|  | 
| Panjat, jangan tak panjat | 
|  | 
| Pasukan komando Alor Pongsu | 
|  | 
| Penyampaian sijil | 
|  | 
| Milik siapakah basikal ini  ? Teringat basikal P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok....he...he...
 | 
|  | 
| Bergambar beramai-ramai bersama jurulatih PLKN | 
|  | 
| Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa...... hilang di mata tapi, di hati jangan lupa,..huk...huk
 
 
 | 
Semoga selepas ini, pelajar-pelajar akan lebih bersemangat, bertenaga dan fokus ketika belajar. Selamat
 
berjaya.
 
0 comments:
Post a Comment