04/11/2011

PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 4)


Pada minggu ini, program pelajar tingkatan 3 telah diambil alih oleh Bidang Sains dan Matematik.Seperti biasa kebanyakan permainan luaran tidak dapat dijalankan kerana padang becak dan berair. Justeru itu permainan dalaman banyak mengambil alih tempat. Walau bagaimanapun permainan seperti sepak takraw dan pingpong masih berjalan seperti biasa. Selain daripada itu pengisian program telah dipenuhi dengan aktiviti seperti kuiz matematik, puzzle, Science games, pelancaran roket, eksplorace dan kerusi beracun. Minggu ini juga dimeriahkan dengan jamuan pelajar  tingkatan 3. Akhir sekali selamat menyambut Aidil Adha, moga murah rezeki dan sejahtera hendaknya. Kepada pelajar Tingkatan 5, jagalah keselamatan dan kesihatan. Moga kejayaan mengiringi anda !!!!!!!!
















Continue reading...

PROGRAM ANTI BULI "SAYA MURID BERMARUAH"


Pada 3 Nov 2011, telah diadakan Program Anti Buli " Saya Murid Bermaruah" peringkat daerah di SJK St Mary, Kompleks Wawasan PPD. Program ini telah disertai oleh 4 wakil pelajar setiap sekolah menengah iaitu Pengawas, PRS, Ketua Tingkatan dan Pengawas PSS. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang ini telah diisi dengan ceramah anti buli, LDK 1(definisi buli, jenis-jenis buli, punca buli dan kesan buli), LDK 2 (cara mengatasi buli mengikut kumpulan Pengawas, PRS, ketua tingkatan dan Pengawas PSS. Seterusnya sesi pembentangan mengikut kumpulan.. Perasmian penutup telah disempurnakan dengan ucapan Penolong PPD Bahagian HEM, En Ahmad Fisal b Mohd Shafie.

Antara objektif program ini ialah :

  • Mengurangkan kadar buli di sekolah.
  • Memberi pendedahan kepada pemimpin pelajar mengenai salah laku buli dan seterusnya membantu pihak sekolah dalam mengurangkan kadar buli.
  • Menimbulkan suasana kondusif di sekolah.
  • Mewujudkan "Budaya Sekolah Penyayang".







Continue reading...

29/10/2011

PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 3)



Assalamualaikum dan salam satu Malaysia warga SMKAP. Pada minggu ini  program pelajar tingkatan 3 telah dikendalikan oleh Bidang Votek. Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti permainan dalaman, futsal dan pentaque. Ceramah dan pembukaan akaun simpanan PNB turut diadakan pada minggu ini. Selain itu ceramah pemilihan kerjaya telah disampaikan oleh Pn Yani manakala Pn Noor Haniza telah menyampaikan kepentingan aliran Sains .Pelajar bertuah yang berjaya menjawab soalan telah diberi hadiah semasa ceramah ini.Ustaz Zaini pula telah dijemput menyampaikan ceramah berkaitan Sekolah Teknik dan Vokasional serta peluang kemasukan ke sekolah tersebut. Selain program tersebut, bakat pelajar turut dicungkil melalui pertandingan pakaian beragam ICT, pertandingan membuat sandwich oleh pelajar lelaki dan mengukir buah-buah-buahan oleh pelajar perempuan manakala kecekapan pelajar telah diuji melalui aktiviti puzzle. Semoga pelajar semua enjoy dengan aktiviti yang dijalankan serta sentiasa mematuhi peraturan sekolah. Selamat..............











Continue reading...

22/10/2011

PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 2)


Pada minggu ini, Bidang Bahasa telah melaksanakan Program Selepas PMR. Aktiviti yang dijalankan seperti permainan dalaman, bola tampar dan badminton. Permainan bola baling tidak dapat dijalankan kerana padang becak dan dinaiki air. Kita hanya merancang, tuhan yang menentukan !.Selepas rehat aktiviti seperti permainan bahasa, mencipta dan mendeklamasi sajak, lakonan drama berdasarkan teks serta language games diadakan.











Continue reading...

14/10/2011

PROGRAM SELEPAS PMR


PROGRAM SELEPAS PMR
Minggu pertama dikendalikan oleh Bimbingan dan Kaunseling. Program yang telah dijalankan ialah permainan dalaman, perlawanan bola sepak dan bola jaring, IGB, IPW, penyerahan buku teks serta tayangan motivasi diri. Semoga pelajar enjoy dan bergembira sepanjang program dijalankan. Kepada pelajar yang belum pulangkan buku teks silalah hantar pada minggu hadapan.
Kepada tingkatan 5, sabar, jangan jealous, nanti anda akan bercuti lama. Tumpukan perhatian kepada pelajaran, tak lama dah……nanti anda akan merdeka !  Selamat ………..














Continue reading...

PROGRAM MEREKAYASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2011


PROGRAM MEREKAYASA BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2011
Pada 6 Oktober yang lalu, 4 pelajar dari kelas 4 Sains telah mewakili SMKAP dalam pertandingan talk show dan pertandingan membina blog Bimbingan dan Kaunseling. Pertandingan yang julung-julung kalinya diadakan ini turut disertai oleh sekolah-sekolah lain dalam daerah Kerian. Dengan adanya pertandingan ini juga maka terbinalah blog Bimbingan dan Kaunseling SMKAP dengan nama (UBK SMK Alor Pongsu Blogspot.com). Walaupun tidak mendapat sebarang tempat, namun dengan adanya pertandingan ini, sekolah ini dan majoriti sekolah lain di daerah ini telah memiiki blog Bimbingan dan Kaunseling masing-masing. Tahniah diucapkan. Sama-samalah kita merealisasikan transformasi perkhidmatan B & K.





Continue reading...

05/10/2011

PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN 4 MAKTAB RENDAH SAINS MARA (SEMENANJUNG MALAYSIA) TAHUN 2012


Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice