04/10/2011
PEMBAKAR SEMANGAT BUAT PELAJAR SMK ALOR PONGSU YANG DISAYANGI
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Tuesday, October 04, 2011
GELAGAT PELAJAR
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Tuesday, October 04, 2011
Subjek apa yang aku nak study dulu ye...
Cikgu pesan...
Mengantuknya...tidur dulu lah..
Mengira detik...
Cikgu ! Cikgu! Saya nak jawab!
Aduh...susahnya soalan ni...
Habisla aku...masa dah nak habis dah...banyak lagi tak jawab ni...
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Tuesday, October 04, 2011
SELAMAT MENGHADAPI PEPERIKSAAN BUAT PELAJAR TINGKATAN 3 SMK ALOR PONGSU
SEMOGA USAHA ANDA MEMBERI PULANGAN YANG LUMAYAN!!!!
KATA-KATA ALUAN BUAT WARGA SMKAP
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Tuesday, October 04, 2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua warga SMK Alor Pongsu. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan terima kasih buat semua pihak yang terlibat dalam membantu menjayakan pembinaan blog Unit Bimbingan dan Kaunseling ini. Semoga adanya blog ini dapatlah kita sama-sama berkongsi idea dan pengetahuan dalam menjalani kehidupan sama ada sebagai pelajar mahupun sebagai rakan guru atau pun sebagai warga SMKAP. Apa yang lebih penting dengan adanya blog ini, UBK SMKAP dapat menyalurkan sebarang maklumat berkaitan kaunseling dengan lebih mudah, cepat dan meluas. Semoga manfaatnya dapat dikongsi bersama demi kejayaan pelajar-pelajar yang dikasihi sekelian, sesuai dengan Falsafah Bimbingan dan Kaunseling yang ingin melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh. Insyaallah……..
02/10/2011
TEKNIK MENGHADAPI PEPERIKSAAN
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Sunday, October 02, 2011
- Persiapan mental-yakin diri tentang keupayaan masing-masing.
- Persiapan spiritual melalui amalan kerohanian-solat hajat, berdoa, restu ibu bapa
- Semakan- tarikh, masa, tempat peperiksaan
- Keperluan peperiksaan-alatulis
- Baca nota ringkas sahaja
- Tidur awal dan kunci jam loceng untuk mengelak bangun lambat
- Mandi, solat, keperluan exam
- Sarapan pagi (alas perut). Jangan makan makanan yang pedas.
- Pakaian yang bersih dan kemas
- Jangan lupa bawa IC, slip peperiksaan, alatulis mahupun kalkulator atau bahan lain untuk subjek Geografi dan Math.
- Bertenang
- Minta restu ibu bapa
- Datang awal ke dewan peperiksaan- 15 atau 20 minit untuk mengelakkan gemuruh dan panik
- JANGAN TERPENGARUH dengan keadaan persekitaran terutama melihat rakan lain sibuk membuat semakan terakhir.
- Masuk ke dalam dewan dengan teratur dan tenang
- Tentukan kerusi dan meja dalam keadaan selesa
- Tenangkan diri, setelah duduk, tarik nafas panjang-panjang beberapa kali dan lepaskan perlahan-lahan.
- Keluarkan alatulis dan bersedia mendengar dan membaca arahan peperiksaan.
Semoga kejayaan mengiringi anda !!!!!! Amin………………
RAHSIA DI SEBALIK PENGURUSAN PELAJAR CEMERLANG
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Sunday, October 02, 2011
- Masa sebelum tidur-masa berbaring sebelum tidur. Amalkan teknik belajar secara bayangan. Menulis atau menyelesaikan masalah dengan cara menulis dengan menggunakan jari di tilam.
- Masa terbangun di tengah malam (belajar seperti di no. 1)
- Masa bangun tidur. Subuh .Bayangkan pelajaran semalam.
- Masa ke tandas waktu pagi.(ingatkan perkara yang terlupa)
- Masa bercermin (lekatkan nota penting dekat cermin)
- Masa berjalan ke sekolah. (Tanya diri sifir dan formula)
- Masa menunggu bas (ulangkaji kad nota atau bayangkan).
- Masa di dalam bas atau kereta (ulangkaji harian / cepat)
- Masa berjalan ke sekolah (Tanya diri paasal sifir dan formula dan lain-lain)
- Masa sampai awal pagi ke sekolah (ulangkaji harian/ cepat)
- Masa menunggu cikgu yang terlewat (ulangkaji cepat)
- Masa rehat ke perpustakaan (baca ringkas buku)
- Masa menonton tv (melukis rajah, peta, formula, sifir dan lain-lain)
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengubah diri anda, melainkan diri anda sendiri………………….
BAGAIMANA BELAJAR SECARA BERKESAN ?
Posted by
PN NORAJINAH AHMAD
at Sunday, October 02, 2011
Teknik belajar 5R-STUV
1. Recopy (salin semula)
2. Rework all model 5X Buat semula contoh/ cepat/5x)
3. Recite out loud repeatly (lafaz kuat berulang kali)
4. Recheck (semak semula)
5. Reasonnablenes (jawapan berpatutan atau sebaliknya)
6. S-sumarize (ringkaskan nota penting)
7. T-test your self (uji diri anda )
Usaha tangga kejayaan !. Anda rajin anda berjaya ……
Subscribe to:
Posts (Atom)
























