17/03/2012

Jom Masuk U, kawan-kawan............


Pada hari ini, 17 Mac 2012, satu lawatan yang disertai oleh pelajar kelas 5 Sains dan 5 Ekonomi telah menuju destinasi  iaitu Arena Square di Kuala  Kangsar, di mana berlangsungnya Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012. Pelbagai pameran pendidikan telah diadakan. Begitu ramai pengunjung sehingga sesetengah gerai tidak dapat dikunjungi olehku, gara-gara gagal dihampiri walaupun hampir. Setelah puas mengutip pelbagai pamplet dan maklumat pendidikan kami menjamu selera di sekitar kawasan berhampiran.

Alangkah indahnya jika air sungai Perak yang mengalir itu jernih airnya. Apabila zohor menginjak, kami telah tiba di Masjid Ubudiah. Cantiknya masjid bersejarah ni, sampaikan pelancong asing pun sibuk mengambil gambar.
Terasa indahnya berada di dalam masjid ni, apakan daya kami tak boleh lama berada di sini.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kampung Paya Lintah untuk menyaksikan labu sayung. Sampainya di sana kami telah disambut mesra oleh Cik Iela. Kami telah ditunjukkan cara-cara membuat labu sayung. apabila sampai di bahagian pameran, guru-guru  dan pelajar2 telah memborong labu sayung.
Pelajar-pelajar juga berpeluang mempelajari cara mewarna dan mengukir labu sayung dan setelah membayar harganya, mereka berpeluang membawa pulang.

Seterusnya..................apalagi balik kampungla.................

Masjid terindah !

Gambar candid ni yang tak syok

Tengok apa tu ? tanah liat sedang dimesin.

Pelajar diberi penerangan cara membuat labu sayong menggunakan acuan

Amboi cukup kuoata dah tu............he......he

Mengalahkan taukeh dah depa ni

Khusyuknya

"Bilo le ekau nak habis mengukir labu tu, den dah teringat kat mak den  dah ni"

Waduh, abang ni khusyuknya, boleh buka bengkel sendiri lepas ni

Gosok jangan tak gosok

"Baris.............baris..........siap

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice