Setiap tahun pasti kau hadir,
kau datang dalam kuantiti yang berbeza,
buat hati gundah gulana,
aku sebagai penghuni bawahan,
pasti tempias perasaan cuak,
walau apapun ia merupakan pengalaman indah,
yang tak mungkin dirasai oleh insan lain,
saujana mata memandang,
lembut alunanmu mendamaikan hati,
memberi satu panorama yang indah,
Inilah anugerah Tuhan,
menjadi petanda bagi kita,
agar sentiasa mensyukuri nikmatNya,
agar berwaspada setiap masa,
bahawa Dia Maha berkuasa,
Jika Dia berkehendak, jadilah......maka akan jadilah............
Semoga kita semua berada dalam lindunganNya.
(buat anak-anak didikku, jagalah keselamatan diri walau di mana anda berada )
Ingat orang tersayang...........jangan buat mereka bimbang
Continue reading...