22/01/2012

Majlis Tandatangan Slip Peperiksaan Ting 1,2,4,2011, Ceramah Keibubapaan dan Pelancaran Program ELIT PMR & SPM 2012


Pada 20 Jan 2012, majlis tandatangan slip ting 1,2,4 2011 telah diadakan. Majlis ini turut dimeriahkan dengan  ceramah keibubapaan dan pelancaran program ELIT PMR & SPM 2012.Ceramah keibubapaan telah disempurnakan oleh En Mohamad Shah, Guru Besar Teluk Medan. Seramai 225 ibu bapa yang hadir dalam majlis ini. Majlis yang dimulakan seawal 8.00 pagi berakhir pada pukul 12.00 tgh. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh semua pihak.







Continue reading...

07/01/2012

ORIENTASI TINGKATAN 4 2012


Orientasi Tingkatan 4 telah diadakan pada hari Sabtu, 7 Jan 2012. Program bermula pada pukul 8.00pg- 1.00 ptg.Antara pengisian slot ialah taklimat Pengetua, taklimat disiplin, subjek elektif, syarat dan kelayakan IPTA/IPTS, matrikulasi, kemahiran serta Ujian Minat Kerjaya.Tahniah kepada pelajar yang hadir. Terima kasih kepada guru-guru yang membantu menjayakan program ini.








Continue reading...

31/12/2011

SELAMAT TAHUN BARU 2012


Selamat Menyambut Tahun Baru 2012

Semoga pertambahan usia kita seiring dengan tahap pemikiran kita. Moga tahun ini kita lebih dirahmati dan diberkati olehNya. Amin............
Continue reading...

29/12/2011

ORIENTASI TINGKATAN 1 2012


Pada 27 dan 28 Dis yang lalu, Orientasi Tingkatan 1 telah berjalan dengan lancar. Seramai 132 pelajar telah hadir untuk program ini berbanding jumlah sepatutnya 157 pelajar. Namun pelajar yang tidak hadir adalah disebabkan  mereka telah menerima tawaran ke SBP. Setiap slot telah berjalan dengan lancar. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini.

Semoga pelajar-pelajar baru ini menjadi pelajar yang berguna, berdisiplin serta menjaga sahsiah bagi meneruskan kesinambungan pendidikan di sekolah menengah.







Continue reading...

18/12/2011

ORIENTASI TINGKATAN 1 2012


Assalamualaikum dan salam sejahtera. Perhatian kepada pelajar-pelajar tingkatan 1 2012, Program Orientasi akan diadakan pada 27 dan 28 Dis 2011 bertempat di Dewan Sri Pongsu pada pukul 8.00 pagi- 1.00 petang. Sehubungan dengan itu diminta para pelajar agar membawa alat tulis dan buku nota. Manakala pada hari kedua pula pastikan anda membawa beg kerana buku teks akan diedarkan. 
Continue reading...

06/12/2011

Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi 2012/2013 (FASA 1)



Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi 2012/2013 (FASA 1)

Dimaklumkan bahawa Aplikasi Sistem Permohonan Kemasukan Pelajar Bagi Lepasan SPM/Setaraf Sesi 2012/2013 (FASA 1)  telah dibuka untuk capaian pemohon mulai 15 November 2011 hingga 31 Disember 2011.


Continue reading...

04/12/2011

MAKLUMAT SEKOLAH


"Kejayaan Dalam Genggaman"


CARTA ORGANISASI SEKOLAH


   Pengetua: Pn Nor Hidayah bt Hashim

PK Pentadbiran: Pn Latifah bt Abdullah
PK HEM: En Hasanuddin b Husin
PK Kokurikulum:Pn Noor Haniza bt Ishak @ Mohd Noor

Guru Kanan Bahasa:Pn Fariza Husna bt Mohd Salleh
Guru Kanan Kemanusiaan:Pn Nor Azni bt Zaini
Guru Kanan Votek:Pn Yani bt Kimi
Guru Kanan Sains dan Matematik:En Jamaludin b Abd Hamid

Jumlah guru SMK Alor Pongsu ialah seramai 50 orang dan 17 staf sokongan.

~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*


VISI SMK ALOR PONGSU
Melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia

MISI SMK ALOR PONGSU
Kami bersama-sama melaksanakan sistem pendidikan yang berteraskan ilmu pengetahuan bagi melahirkan insan yang seimbang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.

FALSAFAH SEKOLAH
Kesepaduan dan gabungan seluruh warga sekolah yang dijelmakan dalam bentuk perancangan dan pelaksanaan yang strategik menjana kecemerlangan akademik, kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan.

MATLAMAT SMK ALOR PONGSU
Melahirkan para pelajar yang mampu bersedia menggunakan kemahiran dan kecemerlangan akademik,
kokurikulum, sahsiah dan kepimpinan yang mereka peroleh di sekolah untuk kepentingan diri, keluarga, dan masyarakat seluruhnya. 

SEJARAH SEKOLAH
       SMK Alor Pongsu dibina pada bulan Mac 1984. Persekolahan pertama dimulakan pada 1 Januari 1985 dengan jumlah pelajar seramai 235 orang yang dipindahkan dari SMK Alang Iskandar, Bagan Serai ke tingkatan 1 dan 2. Tenaga pengajar ketika itu adalah seramai 16 orang dan dibantu oleh kakitangan bukan guru.
Pengetua pertama sekolah ini ialah En Sulaiman b Samson yang berkhidmat mulai 16 Mei 1985 hingga 15 November 1987. Pada tahun yang sama juga Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah ini ditubuhkan iaitu pada 23 Mei 1985.
Sekolah ini dibuka dengan rasminya oleh Y.A.B. Dato’ Seri Anwar b Ibrahim pada 3 Mac 1987 yang ketika itu bertugas sebagai Menteri Pelajaran Malaysia.
Peperiksaan Sijil Rendah Pelajaran (SRP) telah diadakan buat pertama kalinya pada tahun 1986 dan diikuti peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1987.
Sekolah ini terletak di KM 10.5 Jalan Selama iaitu kira-kira 10 km dari pekan Bagan Serai.











Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice