27/09/2013

Lawatan ke Kedah


Pada Sabtu,21 Sept yang lalu PRS serta pelajar yang berkaitan telah melawat negeri Kedah Darul Aman. Kami telah mengunjungi Muzium Padi, Pusat Sains, Pekan Rabu dan lain-lain. Lawatan ini disertai oleh PRS, Pengawas serta pelajar lain. terima kasih kepada cikgu Rosman dan cikgu Nurul yg menjadi guru pengiring. Yang frustnya ngape Taman Lye Huat tutup sedangkan dalam internet kemain cantik lagi, kalaulah diupdate dalam internet tu. takdela buang masa lepas sampai ke UUM. Nasib baik tak lepas ke Bukit Kayu Hitam,,kalau tidak pakat mengangkut toto la kami..........he..he...dugaan........

bergambar di hadapan Menara Kedah

Tinggi-tinggi Menara Kedah, tinggi lagi hajat di hati.....

Pemandangan di tingkat atas Muzium Padi


Pemandangan indah di Muzium Padi
Basikal sape ni ye.................

tarik...tarik..........jangan tak tarik


Wat pe tu.........................


guru pengiring, eh gambar cikgu Rosman tak de la pulak


3D


Continue reading...

15/09/2013

kecemerlangan akademik & motivasi


Pada 7-8 Sept yg lalu, seramai 19 pelajar SPM dari semua kelas tingkatan 5 SMKAP bersama-sama sekolah lain telah menghadiri Program Kecemerlangan Akademik dan Motivasi yg dianjurkan oleh Seketariat Malaysia Prihatin bertempat di SMK Selinsing.Sekolah lain yg turut serta ialah tuan rumah, SMBS, Mudzafar Shah, Kolej Vokasional, SABAR.
Pelajar telah berpeluang mengikuti bengkel subjek Sejarah, BM, BI dan Math. Pada hari kedua pelajar mendapat motivasi dari Dr Ismail b Zain, pakar motivasi serta seorang pensyarah universiti.beliau telah memberikan motivasi selama 2 sesi iaitu pagi dan petang dengan penuh semangat.
terima kasih kerana menjemput kami. semoga pelajar kita lebih bersemangat untuk menduduki SPM setelah mendapat sentuhan daripada guru berpengalaman & pakar motivasi negara kita.



sesi bergambar pada akhir rancangan, dah masuk paper dah.


Slot Pakar Motivasi

pelajar sedang mengikuti ceramah

Pn Noraisyah semasa bengkel Math

Dr Ismail Zain bersama pelajar


Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice