Pada 24-27 Okt telah diadakan Minggu Ko-Kurikulum. Sempena Minggu Ko-Ku ini, pelbagai program telah diadakan seperti pertandingan memasak ala rimba, eksplorace, pertandingan memasang dan meruntuhkan khemah, kawad kaki serta kemuncaknya Hari Anugerah Ko-Kurikulum dan Hari Keusahawanan diadakan. Moh kite lihat pertandingan memasak ala rimba dulu. Mane yg x de gambar pertandingan tu jgn mare, sebabnya teman cuma jadi hakim memasak ala rimba. Gitule ceritenye. Yang lucu dan tragisnya, adele tapak sandal hakim yg terbakar gara-gara makanan yg dibakar peserta melekat di batu. Ni yg nak bagi kurang markah ni. Itupun nasib baik tak pakai kasut, gara-gara hujan lebat tukarle ke sandal. Kalau tidak bertambah murkalah hakim tersebut. He...he....(sandal baru plak tu)
Lihat le telatah pelajar-pelajar kite yg setengahnya tak pernah hidupkan api guna kayu api. Kayu api pun ranting paling kecil di dunia. kira-kira mencabar juga le, walau bukan dalam hutan, adale cabarannya, dengan hujan yang lebat serta ada le angin sepoi-sepoi bahasa yg mengiringi pertandingan tersebut. Nak hidupkan api pun ambik masa. Gitu le anak-anak oi.... kesusahan orang dulu, ambikla ikhtibar agar rajin belajar dengan segala kemudahan yg ada sekarang.
|
kumpulan Puteri Islam sedang membakar masakan mereka |
|
Uli jangan tak uli................. |
|
Telur panggang |
|
Kumpulan PBSM, dah lombik dah topung tu...... |
|
Gini le rupenye bila dah masak, tu bolum tentu topungnya masak.
Macam rupa daging panggang pun ada ye. |
|
Hakim berebut-rebut mencuba masakan tersebut.
Teman biasale tukang pukul gambar, gambar memang tak de. |
|
Lepas hujan, peserta kawad kaki berlatih untuk pertandingan. |
Continue reading...