Pada 30 Mac-1 Apr yang lalu telah diadakan Kem Jati Diri Unit Uniform di PLKN Cenderoh,Kuala Kangsar, Perak. Seramai 75 pelajar, 7 guru dan 3 staf telah mengikuti kem ini. Walau bagaimanapun ketua rombongan iaitu Cikgu Shelyzatul tidak dapat hadir kerana akan melapor diri sebagai pensyarah di Penang pada 2 April.Pelbagai aktiviti telah diatur oleh PLKN untuk memantapkan jati diri pelajar-pelajar Alor Pongsu. Pelajar-pelajar kelihatan teruja dengan aktiviti lasak serta mencabar.
Terima kasih diucapkan kepada jurulatih-jurulatih PLKN yang banyak membantu pelajar serta guru-guru dalam menjayakan kem ini. Tidak lupa juga kepada En Nasir dan Pn Aleeza, pemilik PLKN tersebut yang turut membantu ketika pelajar-pelajar sakit.
Apapun, syukur alhamdulillah kerana kem ini telah berjaya sampai ke penghujungnya dan pelajar-pelajar pulang dalam keadaan selamat.
 |
Pengetua menyempurnakan perasmian pembukaan |
 |
Senamrobik |
 |
Rehat seketika sebelum jungle trekking |
 |
Slot LDK |
 |
Masa makan daaa............. |
 |
Sukaneka (kanak-kanak ribena, he..he..) |
 |
Bersedia untuk pembentangan |
 |
Pembentangan LDK |
 |
Wah ! Ada gaya |
 |
Sampai bawah, bolehla senyum |
 |
Kerumun apa tu |
 |
Apapun,selamatkan kasut aku dulu, kasut mahe ni... |
 |
terbang burung terbang |
 |
macam ni lah orang dulu masa tak de api |
 |
Mak oi, tak larat dah tangan den............. |
 |
Sempat posing lagi |
 |
Panjat, jangan tak panjat |
 |
Pasukan komando Alor Pongsu |
 |
Penyampaian sijil |
 |
Milik siapakah basikal ini ?
Teringat basikal P.Ramlee, Ali Baba Bujang Lapok....he...he... |
 |
Bergambar beramai-ramai bersama jurulatih PLKN |
 |
Bertemu dan berpisah, adat manusia biasa......
hilang di mata tapi, di hati jangan lupa,..huk...huk
|
Semoga selepas ini, pelajar-pelajar akan lebih bersemangat, bertenaga dan fokus ketika belajar. Selamat
berjaya.
Continue reading...