30/09/2012

HARI KOKURIKULUM & HARI KEUSAHAWANAN


Pada 27 Sept telah diadakan Hari Kokurikulum dan Hari Keusahawanan. Pelajar-pelajar yang berjaya dalam kokurikulum sama ada di peringkat sekolah, daerah mahupun negeri telah diberi pengiktirafan dengan pemberian sijil. Begitu juga dengan unit uniform, kelab dan persatuan serta permainan terbaik telah diberi penghargaan. Tidak ketinggalan guru-guru penasihat yang aktif turut mendapat anugerah. pada hari yang sama turut diadakan Hari keusahawanan. Setiap kelab dan persatuan telah berniaga pada hari tersebut. Objektif ia diadakan adalah untuk melatih pelajar-pelajar kita berniaga serta membantu kelab masing-masing mencari dana untuk kelab atau persatuan.

Kita saksikan kemeriahan pada hari tersebut.

Gerai Kelab Bimbingan dan Kerjaya


Gerai Kelab ICTL

Cikgu-cikgu pun menjual sekali
Baju pun ada

Murah...murah.jualan penghabisan stok
Posing sakan


Tetamu kehormat mengunjungi tapak gerai

Gerai-gerai lain yang turut menjual
Pelajar-pelajar kita bergambar bersama Pengetua
Imran Shah teruja mendapat sijil bagi permainan sepak takraw.

Ambikla cikgu gambaq kami, ni tahun last kami kat sini.
Luahan kata pelajar -pelajar tingkatan 5

Sakan posing. Jangan runtuh udahle, ...............

Cikgu, kami pun nak bergambaq juga. Layan je.....
Moga-moga anda sekelian akan menjadi bangsa yang berguna pada bangsa dan negara.

Continue reading...

29/09/2012

Pertandingan Memasak Ala Rimba


Pada 24-27 Okt telah diadakan Minggu Ko-Kurikulum. Sempena Minggu Ko-Ku ini, pelbagai program telah diadakan seperti pertandingan memasak ala rimba, eksplorace, pertandingan memasang dan meruntuhkan khemah, kawad kaki serta kemuncaknya Hari Anugerah Ko-Kurikulum dan Hari Keusahawanan diadakan. Moh kite lihat pertandingan memasak ala rimba dulu. Mane yg x de gambar pertandingan tu jgn mare, sebabnya teman cuma jadi hakim memasak ala rimba. Gitule ceritenye. Yang lucu dan tragisnya, adele tapak sandal hakim yg terbakar gara-gara makanan yg dibakar peserta melekat di batu. Ni yg nak bagi kurang markah ni. Itupun nasib baik tak pakai kasut, gara-gara hujan lebat tukarle ke sandal. Kalau tidak bertambah murkalah hakim tersebut. He...he....(sandal baru plak tu)

Lihat le telatah pelajar-pelajar kite yg setengahnya tak pernah hidupkan api guna kayu api. Kayu api pun ranting paling kecil di dunia. kira-kira mencabar juga le, walau bukan dalam hutan, adale cabarannya, dengan hujan yang lebat serta ada le angin sepoi-sepoi bahasa yg mengiringi pertandingan tersebut. Nak hidupkan api pun ambik masa. Gitu le anak-anak oi.... kesusahan orang dulu, ambikla ikhtibar agar rajin belajar dengan segala kemudahan yg ada sekarang.

kumpulan Puteri Islam sedang membakar masakan mereka


Uli jangan tak uli.................

Telur panggang


Kumpulan PBSM, dah lombik dah topung tu......

Gini le rupenye bila dah masak, tu bolum tentu topungnya masak.
Macam rupa daging panggang pun ada ye.

Hakim berebut-rebut mencuba masakan tersebut.
Teman biasale tukang pukul gambar, gambar memang tak de.



Lepas hujan, peserta kawad kaki berlatih untuk pertandingan.


Continue reading...

Program Pembinaan Insan Cemerlang


Assalamualaikum dan salam satu Malaysia.Lama betul tak kemaskini blog, maklumlah ibu bekerjaya. Ginile rupe...nye.

Pada 19 Sept yang lalu, Program Pembinaan Insan Cemerlang PMR telah diadakan di Dewan Sri Pongsu. Antara objektif program ialah memberi semangat kepada pelajar-pelajar PMR yang bakal menduduki peperiksaan tidak lama  lagi serta mengingatkan pelajar agar sentiasa menjaga kesihatan, keselamatan serta mengurangkan aktiviti yang tidak berfaedah.Moga-moga anda akan berjaya dengan cemerlang...........


pelajar-pelajar sedang mengikuti ceramah yg disampaikan


En Roseli b Kamaruddin menyampaikan ceramah

guru-guru sedang mengikuti ceramah yg disampaikan


gelagat pelajar yg mengikuti ceramah, sampai terlentok Amirul

penceramah sedang menerangkan halatuju pelajar

Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice