23/03/2012

Suasana Ketika Pelajar Mengambil Keputusan SPM 2011


Pada hari Rabu, 21 Mac 2012, pelajar-pelajar SPM 2011 telah mengambil keputusan SPM.Tahun ini SMK Alor Pongsu berjaya mendapat tempat ke 7 dalam Kerian .Tahniah kepada pelajar-pelajar dan kepada guru-guru.

Lihatlah gelagat pelajar-pelajar kita.

Debaran menunggu keputusan

Nor Hafizah menerima slip keputusan (6A)

Izzati 

Amalina (7A 2B)

Fariza Husna (8A)

Kelas 5E mendapatkan keputusan

Kelas 5 Sains mendapatkan keputusan



Continue reading...

17/03/2012

Jom Masuk U, kawan-kawan............


Pada hari ini, 17 Mac 2012, satu lawatan yang disertai oleh pelajar kelas 5 Sains dan 5 Ekonomi telah menuju destinasi  iaitu Arena Square di Kuala  Kangsar, di mana berlangsungnya Karnival Pengajian Tinggi Negara 2012. Pelbagai pameran pendidikan telah diadakan. Begitu ramai pengunjung sehingga sesetengah gerai tidak dapat dikunjungi olehku, gara-gara gagal dihampiri walaupun hampir. Setelah puas mengutip pelbagai pamplet dan maklumat pendidikan kami menjamu selera di sekitar kawasan berhampiran.

Alangkah indahnya jika air sungai Perak yang mengalir itu jernih airnya. Apabila zohor menginjak, kami telah tiba di Masjid Ubudiah. Cantiknya masjid bersejarah ni, sampaikan pelancong asing pun sibuk mengambil gambar.
Terasa indahnya berada di dalam masjid ni, apakan daya kami tak boleh lama berada di sini.

Seterusnya kami meneruskan perjalanan ke Kampung Paya Lintah untuk menyaksikan labu sayung. Sampainya di sana kami telah disambut mesra oleh Cik Iela. Kami telah ditunjukkan cara-cara membuat labu sayung. apabila sampai di bahagian pameran, guru-guru  dan pelajar2 telah memborong labu sayung.
Pelajar-pelajar juga berpeluang mempelajari cara mewarna dan mengukir labu sayung dan setelah membayar harganya, mereka berpeluang membawa pulang.

Seterusnya..................apalagi balik kampungla.................

Masjid terindah !

Gambar candid ni yang tak syok

Tengok apa tu ? tanah liat sedang dimesin.

Pelajar diberi penerangan cara membuat labu sayong menggunakan acuan

Amboi cukup kuoata dah tu............he......he

Mengalahkan taukeh dah depa ni

Khusyuknya

"Bilo le ekau nak habis mengukir labu tu, den dah teringat kat mak den  dah ni"

Waduh, abang ni khusyuknya, boleh buka bengkel sendiri lepas ni

Gosok jangan tak gosok

"Baris.............baris..........siap

Continue reading...

16/03/2012

Fenomena Alam


Setiap tahun pasti kau hadir,
kau datang dalam kuantiti yang berbeza,
buat hati gundah gulana,
aku sebagai penghuni bawahan,
pasti  tempias perasaan cuak,

walau apapun ia merupakan pengalaman indah,
yang tak mungkin dirasai oleh insan lain,
saujana mata memandang,
lembut alunanmu mendamaikan hati,
memberi satu panorama yang indah,

Inilah anugerah Tuhan,
menjadi petanda bagi kita,
agar sentiasa mensyukuri nikmatNya,
agar berwaspada setiap masa,
bahawa Dia Maha berkuasa,

Jika Dia berkehendak, jadilah......maka akan jadilah............
Semoga kita semua berada dalam lindunganNya.

(buat anak-anak didikku, jagalah keselamatan diri walau di mana anda berada )
  Ingat orang tersayang...........jangan buat mereka bimbang







Continue reading...

12/03/2012

Kursus Kepimpinan Ketua & Penolong Tingkatan 2012


Pada 10 Mac 2012, telah diadakan Kursus Kepimpinan Ketua & Penolong Tingkatan yang bertempat di Dewan Sri Pongsu. Program yang bermula pada pukul 8.30 pagi tersebut telah dirasmikan oleh Pengetua SMK Alor Pongsu. Dalam ucapannya, beliau menggesa agar ketua dan penolong tingkatan berusaha meningkatkan kualiti kepimpinan agar dapat membantu pihak sekolah dalam melaksanakan P & P dengan berkesan. Sebagai pemimpin dalam kelas, mereka adalah role model yang boleh dijadikan ikutan. 

 Apapun syabas ! kepada pelajar yang hadir. Kerjasama anda amat membantu menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada semua pihak yang membantu menjayakan program ini. 

Ketua & Penolong yang hadir

Pengetua merasmikan Kursus Kepimpinan

Cikgu Nizar sedang memberi ceramah

Pelajar-pelajar semasa sesi LDK


Pembentangan hasil kerja kumpulan


Pesserta kursus yang hadir



Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice