18/11/2011

SELAMAT BERCUTI


Horey...............Cuti sekolah bermula. Bolehlah rehatkan minda, tenangkan emosi dan rehatkan fizikal. Tapi jangan lupa jaga keselamatan diri. Di samping kita berehat jangan lupa mengulangkaji pelajaran yang masih kurang dikuasai. Sekurang-kurangnya cuti sekolah dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya. Jangan asyik merempit dan "berface book" sahaja, buku pun kena layan.

Selain aktiviti tersebut, apa kata kita mencuba resepi baru, sekurang-kurangnya pandai juga memasak. Barulah mak sayang. 

Kepada tingkatan 5, sabar jelah, beri tumpuan pada peperiksaan, nanti anda bercuti lagi panjang.


Resepi wadai kiping










Bahan A
tepung pulut
sedikit air kapur                                  
air
garam

Bahan B
santan kelapa
gula merah
gula pasir
garam
daun pandan
(Sukatan ikut suka, agak-agak je)

Cara Membuat:
1.Campurkan semua bahan A dalam bekas dan gaul sebati. kalau lembik tambah tepung, kalau keras sangat tambah air asalkan boleh digentel. Gentel jadi bulat dan penyekkan sedikit sebesar 1 cm atau 1.5 cm.
2.Masak santan. Masukkan garam, gula pasir,gula merah. kacau sebati dan biarkan mendidih. Masukkan bahan A yang siap digentel dan masak sehingga lembut.
3.Akhir sekali masukkan daun pandan
4.Kalau musim durian, masukkan durian, lagi sedap..

Selamat mencuba!!!!





SELAMAT BERCUTI


Continue reading...

PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 6)


Minggu ini merupakan minggu terakhir persekolahan. Program selepas PMR dikendalikan sekali lagi oleh Unit Kaunseling. Antara aktiviti yang dijalankan ialah LDK, uji minda, lawatan sambil belajar, ceramah kesihatan, ceramah bahaya kebakaran oleh Bomba serta penyampaian hadiah kepada pemenang.









Continue reading...

16/11/2011

LAWATAN KE USM TRANSKRIAN


Pada 15 Nov 2011,pelajar Tingkatan 3 telah dibawa melawat ke USM Transkrian. Selepas mendapat taklimat  berkaitan USM, pelajar telah dibawa melawat ke perpustakaan dengan diiringi oleh staf perpustakaan. Selain perpustakaan pelajar juga berpeluang melawat ke Fakulti Kejuruteraan Mekanikal.

Antara tujuan lawatan ini ialah memberi motivasi kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran sehingga ke universiti. Moga impian akan menjadi kenyataan.











Continue reading...

11/11/2011

SELAMAT MENDUDUKI SPM 2011


Selamat menduduki SPM diucapkan kepada semua pelajar Tingkatan 5 2011. Tabahkan hati, kuatkan semangat, jawab dengan tenang dan hati-hati. Jangan lupa untuk menyemak semula. Pastikan jadual waktu dipatuhi dan diteliti dengan betul. Semoga anda semua akan berjaya. Guru-guru mendoakan kejayaan anda. Jaga keselamatan dan kesihatan apatah lagi peperiksaan mengambil masa hampir sebulan untuk tamat.

Untuk panduan/tips menjelang peperiksaan, hari peperiksaan, sila layari bahagian arkib blog bulan Oktober (teknik menghadapi peperiksaan)

SELAMAT.................................
Continue reading...

PROGRAM PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2012


Pada hari ini 11.11.2011 telah diadakan Program Pendaftaran Pelajar Tingkatan 1 2012. Program dimulakan dengan pendaftaran pelajar mengikut sekolah. Seterusnya ucapan Pengerusi PIBG, ucapan Pengetua, ucapan PK Ko Kurikulum dan Guru Disiplin. Majlis diteruskan dengan mengukur saiz baju sukan untuk tahun hadapan. Majlis tamat pada pukul 12.00 tgh. Kehadiran amat memuaskan sama ada pelajar mahu pun ibu bapa/ penjaga. Pelajar-pelajar telah diberitahu mengenai peraturan sekolah, sikap dan sahsiah serta dibekalkan dengan senarai barangan yang patut dibeli pada tahun hadapan. Akhir sekali terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.










Continue reading...

PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 5)


Pada minggu ini, Program Selepas PMR telah dikendalikan oleh Bidang Kemanusiaan. Hari Isnin, sekolah masih bercuti sempena Hari Raya Haji. Hari Selasa telah dimulakan dengan Eksplorace Geografi. Pelajar dalam kumpulan telah bersatu padu berusaha mencari "harta karun" berdasarkan klu diberi. Selepas rehat, Pendidikan Seni telah mengambil alih dengan aktiviti membina "mercu tanda" bangunan tertinggi oleh pelajar lelaki, manakala pelajar perempuan telah membuat kad ucapan 3D selamat hari ibu. Aktiviti lain yang dijalankan ialah permainan dalaman, Kuiz Pendidikan Islam, Lukisan pemandangan, permainan uji minda, peta minda, teka kata Geografi, pertandingan azan dan bacaan doa serta tayangan filem patriotik.







Continue reading...

PROGRAM MY TALENT (INILAH BAKATKU)


Pada 10 hb Nov 2011, bertempat di Dewan Malinja, PPD Kerian telah berlangsung pertandingan "My Talent". Inilah Bakatku. SMKAP telah menghantar wakil duet berkaraoeke iaitu Farah Aina dan Aiza Natasha, pelajar Tingkatan 4, manakala pertandingan melukis kartun (ada dialog) telah diwakili oleh Siti Hazlina, pelajar tingkatan 3.Kesemua peserta hebat-hebat belaka.Biasalah adat bertanding, ada yang menang dan ada yang kalah. Yang pasti semua peserta mendapat sijil. 







Continue reading...

04/11/2011

PROGRAM SELEPAS PMR (MINGGU 4)


Pada minggu ini, program pelajar tingkatan 3 telah diambil alih oleh Bidang Sains dan Matematik.Seperti biasa kebanyakan permainan luaran tidak dapat dijalankan kerana padang becak dan berair. Justeru itu permainan dalaman banyak mengambil alih tempat. Walau bagaimanapun permainan seperti sepak takraw dan pingpong masih berjalan seperti biasa. Selain daripada itu pengisian program telah dipenuhi dengan aktiviti seperti kuiz matematik, puzzle, Science games, pelancaran roket, eksplorace dan kerusi beracun. Minggu ini juga dimeriahkan dengan jamuan pelajar  tingkatan 3. Akhir sekali selamat menyambut Aidil Adha, moga murah rezeki dan sejahtera hendaknya. Kepada pelajar Tingkatan 5, jagalah keselamatan dan kesihatan. Moga kejayaan mengiringi anda !!!!!!!!
















Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice