29/09/2011

KEMAHIRAN MENCATAT NOTA



KEMAHIRAN MENCATAT NOTA


Kemahiran mencatat nota yang berkesan perlu ada kemahiran-kemahiran berikut:


1. Kemahiran MENDENGAR
  • Digunakan semasa proses pembelajaran.
  • Boleh dilakukan serentak.
  • Kefahaman dan pengetahuan boleh ditingkatkan.
2. Kemahiran MEMBACA LAJU.
  • Digunakan semasa menyalin nota daripada buku.
  • Menjimatkan masa menceduk idea-idea utama.
  • Bahan-bahan dapat disusun dengan teratur.
3. Kemahiran MENULIS
  • Tulisan perlu jelas kerana jika tidak hanya membuat kerja sia-sis sahaja.
  • Mampu menulis dengan cepat dan kemas.
  • Tahu menulis menggunakan huruf singkatan boleh melipatgandakan usaha kamu.
4. Catatkan KATA KUNCI sahaja.
  • Memilih isi-isi penting sahaja.
  • Dapatkan rumusan yang boleh mengukuhkan kefahaman kamu.
  • Pastikan penggunaan kata kunci yang dipilih boleh difahami.
5. NOTA RINGKAS dan padat
  • Nota yang dibuat mesti kamu fahami sendiri
  • Nota yang ringkas danpadat boleh menyegarkan ingatan kamu
  • Nota yang dibuat mestilah nota yang boleh meningkatkan tahap ingatan kamu.
6. Gunakan PERKATAAN sendiri
  • Cara ini menambahkan lagi daya ingatan atau penghafalan kamu.
  • Hal ini kerana nota kamu adalah hak kamu.
  • Hanya kamu yang faham apa yang kamu tulis.
7. Faham setiap KATA KUNCI
  • Jangan menggunakan kata kunci yang mengelirukan kamu.
  • Masa akan terbuang dan usaha kamu adalah sia-sia sahaja jika nota yang dibuat tidak difahami.





Continue reading...

28/09/2011

KEMAHIRAN MENGINGAT


KEMAHIRAN MENGINGAT

Kemahiran belajar tidak lengkap jika kamu tidak melalui proses mengingat. Segala fakta yang diterika hendaklah disimpan agar tidak lupa uantuk dikeluarkan apabila diperlukan. Justeru disini, dicadangkan beberapa kaedah yang dapat membantu mempertingkatkan teknik mengingat:


1. HAFAL isi yang dibaca

  • Ingatkan perkara yang utama yang perlu kamu ketahui dalam pembacaan itu.
  • Contohnya : Sebelum membuka buku,ingat “apakah warna pelangi dan bagaimanakah pelangi terbentuk?”

2. Isi DISUSUN dengan betul

  • Sebutkan isi yang kamu hafal
  • Ketika menghafal suara mesti jelas supaya telinga mendengar apa yang kamu hafal.

3. Tentukan perkara yang perlu DIINGAT

  • Pastikan turutan isi betul
  • Contoh: Kamu ingin mengingat nama bulan.
  • Pastikan kamu menghafal bermula daripada bulan Januari danberakhir dengan Disember.

4. UJI kemampuan daya ingatan
  • Di sini kamu perlu memainkan dua watak: penyoal dan penjawab
  • Cuba “soal” apa yangingin kamu ingat. Kemudian jawab
  • Jika kamu dapat mengingat. Teknik ingatan sedang berlaku.

5. Lakukan ULANG KAJI sekerap mungkin

  • Baca, baca, baca, dan bacalah selagi ada kesempatan
  • Pembacaan yang berulang kali akan mengukuhkan daya ingatan

6. Cuba INGAT semula apa yang kamu telah baca.

  • Proses mengingat semula, kebiasaannya dilakukan dalam dua keadaan: sebelum dan selepas tidur
  • Kaedah ini mampu mengekalkan ingatan kamu dalam masa jangka panjang.
Continue reading...

KEMAHIRAN MEMBACA


KEMAHIRAN MEMBACA


     Kemahiran membaca seharusnya tidak dipandang remeh oleh pelajar. Kemahiran membaca yang betul akan dapat meningkatkan pemahaman dengan lebih berkesan. Oleh itu teknik membaca yang betul amat penting dalam suatu proses pembelajaran, Berikut adalah beberapa teknik dapat membantu mempertingkatkan kemahiran membaca:

1. Membaca secara BERHATI-HATI
  • Beri tumpuan terhadap apa yang dibaca.
  • Cuba fahami fakta-fakta penting sepenuhnya.
  • Elakkan gangguan radio dan televisyen.
2. Membaca secara MENYELURUH
  • Bacaan hendaklah menyeluruh daripada pengenalan hingga ayat terakhir.
  • Jangan anggap bahagian pengenalan kurang penting.
  • Bahagian pengenalan memberi gambaran tentang isi kandungan bab.
3. Membaca secara BERULANG-ULANG
  • Bacaan berulang membantu mengingat fakta dengan lebih baik.
  • Isi-isi juga dapat difahami secara mendalam.
  • Ini dapat mengelakkan kamu tertinggal membaca fakta penting.
4. Membaca dalam SUASANA yang SELESA     
  • Lampu hendaklah dipasang dengan terang.
  • Suasana tempat membaca hendaklah sunyi dan senyap.
  • Udara sekitar mestilah mencukupi
  • Suhu bilik sederhana. Tidak terlalu panas dan tidak terlalu sejuk. Jika perlu pasang kipas.
5. Berasa dalam KEADAAN selesa
  • Duduk dengan betul.
  • Pastikan kamu tidak deman, pening, selsema dan sebagainya.
  • Jangan berbaring ketika membaca. Kamu mungkin tertidur atau mengantuk.
6. Baca secara PERPERINGKAT
  • Peringkat permulaan : baca sekali imbas untuk mendapatkan isi keseluruhan.
  • Peringkat seterusnya ; membaca isi untuk mendapatkan maklumat: pada peringkat ini teknik mengingat dan menulis nota digunakan.
7. Cuba BENTUK SOALAN ketika membaca
  • Gunakan kaedah 1 husband 6 wives
          a) HOW
          b) WHAT
          c) WHO
          d) WHEN
          e) WHERE
          f) WHICH
          g) WHY
  • Dengan membentuk soalan kamu akan lebih ingat isi yang dibaca.
8. CATATKAN isi yang dibaca
  • Dengan mencatat kamu menggunakan tiga kaedah sekali gus: membaca, mencatat, mengingat.
  • Ketika mencatat kamu berfikir “Apakah yang perlu dicatat?” Ingatan kamu menjadi lebih tajam.
9. Gunakan BAHAN PEMBELAJARAN LAIN ketika membaca
  • Pastikan pen, highlighter, kamus, penanda buku ada di sisi.
  • Tandakan isi-isi penting dengan highlighter.
  • Gunakan kamus untuk mencari perbendaharaan kata yang sukar.
  • Gunakan penanda buku untuk merujuk semula sesuatu bahagian.
  • Gunakan pen untuk menulis isi-isi penting.

Continue reading...

PEMBIMBING RAKAN SEBAYA (PRS)



Pengenalan

Pembimbing Rakan Sebaya ialah seorang pelajar yang telah dilatih dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka yang memerlukan pertolongan.
Falsafah PRS
“Bantu diri supaya berupaya membantu orang lain”
Prinsip PRS
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal
Peranan PRS
·         Menjadi rakan yang peka terhadap perasaan orang lain dan keadaan sekeliling.
·         Sebagai khidmat sokongan dalam membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
·         Sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk mendapatkan bantuan.
·         Sebagai pelajar contoh kepada pelajar lain.
                                                          Etika PRS
                Anda perlu sentiasa ingat dan patuh pada etika PRS iaitu:
·         Amanah dan menyimpan rahsia.
·         Menerima dan menghormati rakan dan orang lain.
·         Memahami batasan dan keupayaan diri.
·         Sentiasa berusaha meningkatkan diri dari pelbagai aspek.
·         Melaporkan kepada kaunselor tentang kes yang boleh merosakkan diri sendiri atau orang lain.
·         Merujuk kes rumit kepada kaunselor sekolah.
·         Mematuhi peraturan sekolah, norma masyarakat dan agama.
Visi PRS
Menjadi Pembimbing Rakan Sebaya yang disegani di sekolah dan di persada dunia
Misi PRS
Berusaha memajukan diri dan orang lain supaya cemerlang dari segi sahsiah, tingkah laku serta berilmu pengetahuan.
PERKARA YANG BOLEH DAN TIDAK BOLEH DILAKUKAN OLEH PRS
BOLEH
TIDAK BOLEH
Pemudah cara dalam kedaan terbuka, penuh kepercayaan, rasa selesa dan empati.
Mengawal, berkhutbah, berleter atau mendesak rakan tentang apa yang harus mereka lakukan.
Menerima rakan secara terbuka tanpa menghukum atau mengukur
Membuat kesimpulan awal dan cuba mencari jalan mengubah mereka.
Mendengar,menjelas, membantu rakan
Memberi nasihat atau cadangan penyelesaian supaya diikut oleh rakan.
Mematuhi etika kerahsiaan
Bercerita kepada orang lain tentang dapatan hasil dari perbualan dengan rakan yang ditolong.
Menyedari bukan semua masalah boleh diatasi dan bukan semua orang ingin dirinya dibantu.
Mengharap semua persoalan dan masalah boleh diatasi dengan segera.
Berbincang dan membantu rakan yang menghadapi masalah seharian yang biasa.
Berbincang dengan rakan yang menghadapi masalah emosi yang mendalam
Memimpin rakan melihat masalahnya dengan objektif dan menggalak mereka mencari penyelesaian sendiri supaya mereka boleh belajar melalui pengalaman.
Bertindak menolong menyelesaikan masalah rakan.
Merujuk kes yang berat kepada guru kaunseling dan menjadi penghubung kepada rakan yang bermasalah untuk bertemu dengan guru kaunseling atau orang lain yang sesuai.
Menghadapi sendiri masalah rakan yang meruncing sehingga mengganggu ketenteraman jiwa.
Menjalankan projek membantu sambil mempengaruhi rakan lain supaya melibatkan diri.
Menjalankan projek bersendirian dan mengenepikan rakan lain.
Tidak mengambil kesempatan untuk tujuan peribadi ke atas rakan yang memerlukan bantuan.
Menggunakan kelemahan rakan untuk kepentingan diri.
Tidak mengadakan sesi pertemuan sewenang-wenangnya.
Mengadakan temu janji tanpa rekod atau secara sembunyi.


VISI PRS SMK ALOR PONGSU
PRS Alor Pongsu Disegani Di Sekolah Khususnya dan Terunggul di Kerian Amnya
MISI PRS SMK ALOR PONGSU
Memberi perkhidmatan yang memuaskan kepada klien, membentuk dan melahirkan PRS yang seimbang serta cemerlang dari aspek intelek,  rohani, emosi dan jasmani
MOTO  PRS SMK ALOR PONGSU
Perkhidmatan berkualiti berteraskan kepimpinan dan kemenjadian diri


Continue reading...

27/09/2011

PROGRAM MENTOR-MENTEE


Pelancaran Program Mentor-Mentee telah diadakan pada 15 Ogos 2011 di tapak perhimpunan selepas perhimpunan pagi. Penyerahan  mentee kepada mentor telah dilaksanakan ketika majlis ini berlangsung. Seramai 37 pelajar 3A1, 2 pelajar 3A2 dan 62 pelajar 5S dan 5E terlibat dalam program ini. Manakala  seramai 50 guru terlibat sebagai mentor dalam program ini (semua guru). Semoga program ini dapat membantu meningkatkan prestasi akademik mahupun sahsiah pelajar. “Terima kasih cikgu”.
Continue reading...

MINGGU ANTI DADAH PERINGKAT SEKOLAH





Minggu Anti Dadah peringkat sekolah telah diadakan pada 25- 29 Julai 2011. Program ini bertujuan untuk merealisasikan serta mewujudkan sekolah bebas tanpa dadah dengan mengadakan pendidikan pencegahan dadah secara komprehensif melalui kurikulum dan kokurikulum sekolah. Program ini memberi pendedahan kepada golongan pelajar khususnya berkaitan kesan dan bahaya pengambilan rokok, dadah, inhalan, alkohol dan bahaya HIV/Aids. Program ini juga dianjurkan selaras dengan hasrat kerajaan agar Sekolah Bebas Dadah 2012. Pelbagai program telah diatur sepanjang minggu tersebut. Antaranya ialah ikrar pelajar, pertandingan menulis esei, pertandingan melukis poster, ceramah anti dadah, pertandingan menulis dialog anti dadah, pertandingan mengarang pantun anti dadah serta kuiz dadah.

Antara objektif program ini ialah:
  • Membasmi dan membanteras sebarang bentuk penggunaan dadah dalam kalangan pelajar.
  • Meningkatkan pengetahuan dan kesedaran pelajar mengenai kesan buruk pengambilan dan penggunaan dadah kepada individu, keluarga, masyarakat dan negara.
  • Mengukuhkan kemahiran kendiri pelajar untuk mengelakkan diri daripada terjebak ke kancah penyalahgunaan dadah.
Continue reading...

KEMPEN ANTI PONTENG







Pelancaran Jom Ke Sekolah sempena kempen anti ponteng dalam kalangan pelajar telah diadakan pada 18 Julai 2011. Ketua-ketua kampung telah dijemput hadir semasa pelancaran program ini. Pengetua telah berucap semasa pelancaran program ini. Dalam ucapannya beliau mengharapkan agar pelajar lebih berdisiplin serta mematuhi peraturan sekolah serta mengelakkan diri daripada gejala ponteng. Seterusnya Pengerusi PIBG telah merasmikan pelancaran tersebut.  
Continue reading...

MOTIVASI PELAJAR SPM


Demi merealisasikan sasaran akademik Top Three” (MSAT3) peperiksaan awam negeri Perak secara amnya dan sekolah khususnya, segala bentuk usaha dan program sokongan perlu dilaksanakan. Memandangkan  remaja  hari ini melalui  pelbagai cabaran dan dugaan dalam hidup, maka mereka perlu sentiasa dibimbing, diberi peringatan serta motivasi agar sentiasa bersemangat dalam menghadapi apa juga cabaran. Sehubungan dengan itu program motivasi  pelajar SPM telah diadakan di Dewan Sri Pongsu pada 22 Julai 2011 manakala motivasi pelajar PMR telah diadakan pada 27 Julai 2011. Program ini  diadakan untuk meningkatkan  tahap keyakinan pelajar untuk berusaha bersungguh-sungguh agar mencapai kejayaan yang cemerlang dalam PMR dan SPM  dan sekaligus menaikkan prestasi keputusan peperiksaan sekolah.





Continue reading...

PROGRAM KEMBARA KE UNIVERSITI


Program Kembara ke Universiti telah diadakan pada 27 Mei 2011 bersama-sama dengan bekas pelajar SMKAP. Melalui program ini pelajar berpeluang mengenali universiti dengan lebih dekat lagi terutamanya mengenai kursus, peluang belajar serta kemudahan yang disediakan kepada para pelajar. Pelajar juga berpeluang berdiskusi mengenai hal tertentu dengan penuntut universiti berkenaan. Semoga dengan peluang ini, pelajar lebih bermotivasi untuk belajar dan  mengikuti jejak langkah senior mereka melanjutkan pelajaran ke universiti.  Terima kasih daun keladi, kalau sudi datanglah lagi.Semoga bekas pelajar lain sudi meluangkan masa untuk menabur bakti di sekolah asal mereka.

Majlis Konsultasi, Interaksi dan Ceramah Keibubapaan telah diadakan di Surau An-Nur untuk ibu bapa pelajar tingkatan 3 dan 5 pada . Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk memberi maklumat kepada ibu bapa berkaitan perkembangan pendidikan dan sahsiah pelajar di sekolah. Selain itu ia bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara pihak sekolah dengan masyarakat setempat.















Continue reading...

PROGRAM KEPIMPINAN 2011


Program Kepimpinan 2011 yang disertai oleh Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, PRS dan Ketua Tingkatan (180 orang) telah diadakan pada 9 April 2011 di Dewan Sri Pongsu. Program ini dirancang bagi melahirkan pemimpin yang tegas, berhemah, berdisiplin serta sebagai “role model” kepada pelajar-pelajar lain.
Antara objektif program ini diadakan ialah:
1.1        Dapat mengetahui dan menguasai teknik-teknik asas dalam kemahiran kepimpinan supaya mereka dapat berfungsi sebagai pemimpin murid yang peka kepada perasaan rakan-rakan dan berupaya membantu rakan dengan lebih berkesan.
1.2        Dapat memahami dan menguasai kemahiran asas komunikasi dan berupaya mempraktikkannya dengan rakan-rakan, guru, keluarga dan orang lain.
1.3        Dapat membina strategi bagaimana meningkatkan kelebihan diri dan mengurangkan kelemahan diri supaya dapat membina sikap positif.
Continue reading...

PROGRAM MOTIVASI BERSAMA EKSEKUTIF PERODUA RAWANG


Program motivasi bersama Eksekutif Perodua Rawang telah diadakan pada  28 Januari 2011 untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar berkaitan bidang automobil khususnya dan peluang pekerjaan di Perodua. Beliau merupakan bekas pelajar sekolah ini. Adalah menjadi harapan pihak sekolah agar pelajar-pelajar lebih terbuka minda mengenai kejayaan yang telah dikecapi oleh bekas penuntut sekolah ini. Yang penting di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Buang sikap malas, tanamkan azam baru. Pasti boleh!!! Yakin boleh !!! .


Continue reading...

FALSAFAH KAUNSELING


FALSAFAH
Bahawasanya setiap murid mempunyai potensi yang boleh digembelingkan secara optimum menerusi pengurusan  menyeluruh perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang cekap, berkesan, dan beretika dengan berteraskan sumber dalaman dan luaran bagi melahirkan murid yang seimbang dalam aspek intelek, jasmani, emosi dan rohani serta beriman dan beramal soleh.

VISI PERKHIDMATAN
Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling menjadi peneraju utama dalam mewujudkan suasana yang teraputik  dan kondusif di sekolah menjelang tahun 2015.

MISI PERKHIDMATAN

Untuk merealisasikan visi, kami akan memastikan misi berikut dilaksanakan dengan jayanya:

  • Menguruskan program dan aktiviti bimbingan dan kaunseling dengan cekap dan berkesan.
  • Melahirkan murid yang mempunyai kepintaran intelek (IQ), emosi yang tinggi (EQ) dan berakhlak mulia (SQ).
  • Membimbing murid ke arah mencapai prestasi yang tinggi dalam akademik.
  • Mewujudkan suasana pembelajaran yang memberansangkan melalui program bimbingan dan kaunseling.
  • Memberikan pendidikan kerjaya bersepadu kepada murid.
  • Memupuk semangat patriotik dan kualiti kepimpinan dalam kalangan murid.

MOTO PERKHIDMATAN
             Informasi, Kecemerlangan, Kesejahteraan
Continue reading...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SMK ALOR PONGSU Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice